Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sah TMJ Bukan Lagi...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat hari ini...

Angka Kematian Covid-19 Meningkat...

BEIJING - Angka kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) terus meningkat kepada seramai 1,489...

Apa Yang Terjadi Bila...

Seorang ninja berdiri tegak di tempat awam dengan papan tanda 'lawan saya'Ramai pejalan...

Video: Wanita Dibelasah Sebelum...

SATU rakaman video menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh seorang lelaki kini tersebar...

Sokong PM, Sayang Tun M… Puteri Minta Kemelut Selesai Segera

JIKA semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan bersama Pergerakan Pemuda UMNO, pagi ini, beliau mengadakan pertemuan dengan sayap Puteri bagi menjelaskan isu semasa yang melanda parti Melayu itu.

Menurut kenyataan ketuanya Mas Ermieyati Samsudin, keseluruhan wakil dari cabang termuda UMNO itu memberi sokongan penuh kepada Najib dalam memimpin Malaysia.

[TERDAHULU: Najib Setuju Saranan Pemuda Percepat Proses Audit 1MDB]

Namun demikian, dalam kenyataan sama, perwakilan turut menghormati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lantas itu, Puteri UMNO menggesa agar kemelut yang melanda kedua-dua pemimpin politik tersebut dapat diselesaikan segera.

Memetik kenyataan Mas Ermieyati, beliau mengharapkan agar Najib mampu meredakan situasi tegang itu dalam suasana penuh kekeluargaan dan harmoni.

Tambahnya lagi, penghormatan tersebut turut diberikan memandangkan Puteri UMNO ditubuhkan pada era Tun M.

“Itu sebab kita sayang kedua-dua pemimpin ini,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai pertemuan bersama Perdana Menteri.


Dalam pada itu, Mas turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menjadi ‘batu api’ dan memburuk-burukkan lagi hubungan antara Najib dan Tun M.

“Kita minta juga jangan ada yang jadi batu api sebaliknya semua termasuk kepimpinan Umno perlu bersatu,” tegasnya.

– MYNEWSHUB.CC

Mas Ermieyati – UMNO Perlu Sepakat Bantu Presiden Tangani Apa Jua Isu 

https://www.youtube.com/watch?v=xYZ-Nb4jfFM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori