Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lagi Babak Drama Fail!!...

Sebelum ini kami ada siarkan tentang kesilapan kontuiniti dalam drama Cinta Ibadah yang...

Jepun Cipta Telefon Pintar...

SEBUAH syarikat di Jepun berjaya mencipta sebuah model telefon pintar pertama yang boleh...

Murid Darjah 2 Tunggu...

Kisah mengenai budak perempuan berumur 8 tahun menunggu bapanya yang tidak kunjung tiba...

Jurukamera Tendang Pelarian Syria...

SEORANG jurukamera wanita warga Hungary yang kehilangan kerja selepas mencetuskan kemarahan seluruh dunia kerana...

Setiap Perdana Menteri Melakukan Yang Terbaik Untuk Negara

KLANG – Setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa dan sumbangan buat negara pada zaman masing-masing, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apa yang penting, (ialah) untuk kita lakukan yang terbaik dalam zaman kita kerana sejarah akan menilai kita, dan saya berazam untuk melakukan terbaik untuk rakyat,” katanya pada majlis ‘Sepetang bersama Perdana Menteri’ anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Najib berkata: “Kita tahu jasa Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj) kepada negara. Saya tidak boleh kata (saya) lebih baik daripada (ayahanda) Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein) dan juga pemimpin-pemimpin lain yang menjadi perdana menteri.”

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak menganggap dirinya sebagai perdana menteri yang terbaik berbanding lima perdana menteri sebelum ini.

Najib mengulas kenyataan Yang Dipertua Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar dalam ucapan aluannya yang menganggap beliau sebagai perdana menteri terbaik berbanding perdana-perdana menteri Malaysia sebelum ini.

Turut hadir Pengerusi UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar serta kira-kira 2,000 orang tetamu.


Najib berkata beliau tidak mempunyai niat lain dalam menjalankan tugasnya memimpin negara selain berusaha dengan terbaik untuk bersikap telus kepada rakyat.

Malah, katanya usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membantu dalam perkembangan ekonomi negara.

“Dari segi ETP dan GTP, kita telah capai kadar 6 peratus. Beberapa negara boleh capai kadar itu? Kita boleh bilang dengan jari sebelah tangan dan kita telah atasi banyak negara lain.

“Malah, sejak saya jadi perdana menteri, kadar penambahan GNI (ukuran kekayaan negara) dalam tempoh lima tahun bertambah 49 peratus dan ini bererti kekayaan negara kita telah bertambah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori