Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

100,000 kit ujian kendiri...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bertitah baginda...

Dasar Menteri DAP Tindas...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) amat terkilan dan kecewa dengan kenyataan YB...

Kejayaan Program ‘Reach Out...

SATU sidang akhbar 1 Malaysia For Youth (iM4U) telah diadakan bertempat di iM4U...

Aktivis PPIM Buat Dua...

KUALA LUMPUR - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi membuat...

Selepas Perkasa, KPN Jadi Sasaran Provokasi Gila

TIDAK habis-habis buat provokasi dan memang gila betul!

Sehari selepas cuba cetus huru-hara dengan posting palsu menerusi laman sosial kononnya aktivis Perkasa membakar gereja di ibu negara, kali ini mamat dianggap kurang waras ini bertindak lebih dahsyat.

Jika semalam, pemimpin organisasi ultra Melayu, Datuk Ibrahim Ali jadi mangsa kononnya beliau mengetuai anggota-anggota pengerakan itu memusnahkan rumah ibadat penganut Kristian menjelang sambutan Krismas, kali ini sasaran si gila ini bukan calang-calang.

BACA: Provokasi Gila – Perkasa Dituduh Bakar Gereja!

Dengan berselindung di sebalik nama samaran Ayahnda Raja Provokasi, individu terlibat menjadikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mangsa terbaharu untuk posting kreatif berbentuk kuiz dan tiga pilihan jawapan bagi soalan objektif itu (lihat atas).

Khalid Abu Bakar

Mungkin menyangka kebebasan bersuara sebagai lesen untuk menghina indvidu tertentu, si gila ini cuba mengajak pembaca posting melihat gambar dan kemudian menjawab pertanyaan bangkai kepala siapakah yang muncul selepas banjir surut di Kelantan.

Ayahnda Raja Provokasi kemudian memberi tiga jawapan yang sengaja direka salah dan cuba memperbodohkan pembaca apabila memberi label biadap ke atas Khalid bagi niat tersirat membangkitkan kebencian rakyat ke atas imej ketua pasukan polis itu.


Akhir posting tersebut, si gila ini menawarkan pemenang yang menjawab kononnya akan menerima hadiah ‘betina’ yang merujuk kepada pelacur murahan bagi menggambarkan nilai harga Khalid amat rendah, setaraf bayaran melanggan perempuan sundal.

Tidak pasti apakah niat sebenar pengirim posting itu tetapi apa yang pasti, Ayahnda Raja Provokasi semakin berani kurang ajar hingga ke tahap menghina pemimpin berprofil tinggi yang tegas menguatkuasakan undang-undang negara seperti Khalid.

Mungkin kerana sikap konsisten Khalid mempertahankan Akta Hasutan yang cuba diperlekehkan pihak tertentu menjadi sebab beliau ‘diserang’ termasuk ‘membunuh’ personaliti ketua polis itu agar dibenci rakyat dengan memberi pelbagai gelaran biadap.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sudah tiba masanya kena bertindak pantas terhadap individu celupar yang kian melampau bermaharajalela mencabar institusi kepolisan dan entah selepas ini, siapa pula sasaran provokasi seterusnya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori