Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Penghantar Bungkusan Simbah Asid...

KUANTAN - Seorang anggota polis melecur selepas disimbah cecair dipercayai asid di depan...

Lelaki Cedera Di Kaki...

BACHOK: Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan...

MKD Tak Ambil Alih...

PUTRAJAYA - Pihak Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) tidak akan mengambil alih hutang-hutang 1Malaysia...

Banjir Kelantan: 1,437 Orang...

Kota Bharu : Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada...

Selangor Mohon Soal Balas Pengerusi SPR Ditolak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan Selangor untuk memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam tindakan perundangan berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Hakim Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas mendapati isu yang dibangkitkan itu boleh ditangani tanpa menyoal balas pengerusi SPR.

Kerajaan Selangor memohon untuk menyoal balas pengerusi SPR itu berhubung isu 136,272 pengundi tanpa alamat.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kerajaan negeri bagi SPR memberi maklumat berkaitan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 dan 1994.

Berikutan keputusan itu, mahkamah turut membenarkan permohonan kerajaan negeri dan SPR bagi penangguhan prosiding sementara menunggu rayuan mereka terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah menetapkan 11 April untuk pengurusan kes berikutnya. Esok mahkamah dijadual mendengar merit permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Mohamed Azmin Ali pada 15 Ogos, tahun lepas.

Dalam permohonan berkenaan, Mohamed Azmin memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi perlembagaan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.


Anggota Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaru dalam urusan persempadanan semula itu adalah melanggar perlembagaan, tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, dan oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

Mohamed Azmin memfailkan permohonan itu atas alasan SPR bertindak dengan tidak mengikut perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113(2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga memohon mendapatkan, antara lain, satu perisytiharan bahawa notis yang disiarkan tidak mempunyai butiran terperinci, di mana pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk membuat representasi.

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke mewakili SPR manakala peguam Datuk S.Ambiga mewakili kerajaan negeri. – BERNAMA

Kategori