Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Rain, Kim Tae Hee...

SELEPAS perkahwinan mereka awal Januari lalu, pasangan selebriti terkenal Korea, Rain dan Kim...

Mahkamah Tolak Saman Lucut...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman lucut hak berkaitan 1MDB yang difailkan kerajaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa ahli keluarganya.Saman serupa terhadap beberapa lagi individu dan entiti turut ditolak.

Bas Ekspres Hilang Kawalan...

SEBANYAK tujuh buah kenderaan termasuk yang diletakkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sri Lalang...

Kerajaan Tak Akan Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berikrar untuk tidak memberi ruang kepada keganasan atau ekstremis...

Selamat Ikan, Perak Sambut Baik Keputusan PHREC

TANJUNG MALIM – Kerajaan Negeri Perak menyambut baik keputusan Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn. Bhd. (PHREC) untuk menghentikan sementara projek waktu pembinaan stesen hidro elektrik mini di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Datuk Rusnah Kassim berkata selain melibatkan isu tanah, penduduk Orang Asli turut khuatir mata pencarian mereka di kawasan sungai akan terjejas termasuk kepupusan spesis ikan kelah.

“Apabila saya turun selepas dapat aduan Orang Asli khususnya di Pos Bersih, saya tengok sungai sudah jadi macam teh susu.

“Apabila saya dengar PHREC sanggup tangguh projek ini supaya satu kajian terperinci terhadap impak projek itu kepada ekosistem, saya amat berterima kasih kepada PHREC. Ini menunjukkan syarikat itu mendengar luahan hati masyarakat penduduk Orang Asli.

“Ini kerana, sungai itu adalah salah satu kawasan di mana wujudnya ikan kelah. Kita tahu, spesis ikan kelah semakin pupus dan sebab itu masyarakat Orang Asli bimbang dan mereka tidak mahu kehilangan warisan mereka,” katanya ketika ditemui media di sini semalam.


Dalam pertemuan bersama media semalam, PHREC memaklumkan bahawa syarikat itu akan menghentikan sementara projek tersebut di Ulu Slim dalam mengambil kira pandangan dan kekhuatiran Orang Asli.

Selain di Ulu Slim, terdapat dua lagi projek pembinaan stesen hidro elektrik mini iaitu di Kerian dan Gopeng di mana status kedua-dua projek itu berjalan seperti dirancangkan. – Astro Awani

Kategori