Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Blue Ribbon: 186 Premis...

KUCHING - Sebanyak 305 premis di seluruh negara telah diiktiraf sebagai bebas asap...

Allahu Akbar! TV AlHijrah...

TV AlHijrah melakar sejarah tersendiri apabila menerima 128 kali ganda permohonan bagi mengisi...

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-261...

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 bermula di Istana Negara hari ini dengan...

Kisah ‘Kak Qis’ Sudah...

KUALA LUMPUR - “Sehingga sekarang penyesalan menghantui saya, kenapa saya tidak tukar pakaian...

“Saya Tidak Akan Tarik Balik Saman, Kita Jumpa Di Mahkamah”

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad tidak akan menarik balik saman yang dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin berhubung dakwaan fitnah yang beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.

Khalid berkata Wan Assima tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maaf ke atas fitnah itu sebaliknya hanya meminta maaf kerana mengaibkannya.

“Saya tidak nampak ia sebagai permohonan maaf yang ikhlas, dia tidak berasa kesal dengan tindakan gelojoh dan tiada fakta, dia hanya guna emosi dan kemudian menuduh saya beremosi, saya hanya menggunakan hak saya apabila orang memfitnah saya.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghormati hak-hak bersuara tetapi orang yang mahu bersuara perlu berhati-hati dan bertanggungjawab atas apa yang dikatakan, kalau kenyataan yang dikeluarkan tidak berasas dan bertujuan memprovokasi maka dia perlu bersedia menerima tindakan daripada orang yang difitnah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, hari ini.

Menjawab soalan sama ada beliau akan bertemu dengan Wan Assima, Khalid berkata tiada sebab untuk beliau berjumpa dengannya.

“Saya tidak nampak sebab saya perlu berjumpa dengannya, mohon maaf pun belum, tarik balik kenyataan pun tidak, kalau mahu dia boleh berjumpa dengan Pegawai Tugas-tugas Khas untuk jelaskan tetapi lagi banyak dia cakap lagi teruk, jadi kita jumpa di mahkamah sahaja,” tambahnya.


Baru-baru ini, media melaporkan Wan Asshima menuduh Khalid membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya tetapi video itu telah dipadam.

Susulan itu, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi​​​​​​ oleh​​​​​​ Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Wilayah Zulhazmi Shariff dan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hisham Fauzi.

Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat. – BERNAMA

Kategori