Saya Pasukan ‘1Malaysia’ Bukan ‘Wawasan 2020’ – KJ

WALAUPUN perang saraf yang dilancarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menarik sokongan ‘orang lama’ dalam UMNO, bagaimanapun ia tidak menggugah komponen dalam BN mahupun UMNO untuk berdiri teguh bersama Najib.

Buktinya, ketiga-tiga sayap UMNO menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri ketika pertemuan bersama pemimpin itu awal minggu ini.

[BERKAITAN: Perwakilan Pemuda Jitu Berdiri Sokong Kepimpinan Najib – KJ]

Dalam satu kenyataan kepada pemberita semalam, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata, dia merupakan sebahagian daripada slogan ‘1Malaysia’ dan bukan ‘Wawasan 2020’.

“Saya tidak hipokrit. Ya, saya meminta isu yang dipertikaikan Tun Dr Mahathir untuk dijelaskan, walau bagaimanapun saya masih seorang ahli kabinet,” ujarnya lagi dalam laporan disiarkan Malaysiakini.

– MYNEWSHUB.CC

Khairy Jamaluddin Di Radio Era FM

 

Loading...