Saya Masih Peguam Negara – Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tommy Thomas hari ini menafikan yang beliau telah meletak jawatan.

“Tidak benar. Kenyataan akhbar akan dikeluarkan sebentar lagi,” kata Thomas ketika ditanya oleh Bernama menerusi WhatsApp untuk mengesahkan laporan portal berita FMT yang beliau meletak jawatan sebagai Peguam Negara.

FMT hari ini menerbitkan laporan memetik sumber kerajaan yang menyatakan Peguam Negara telah meletak jawatan. Bagaimanapun, FMT menarik balik laporan itu sejurus kemudian dan memohon maaf kepada Peguam Negara.

Thomas dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun tahun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Loading...