Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Meninggal Dunia Alat...

SEORANG bayi yang telah dipotong alat sulitnya oleh ibu tirinya pada 28 Jun...

GAMBAR: Hati-Hati, Aksi Selfie...

MERAKAM aksi selfie sudah menjadi kegilaan ramai tidak kira usia dan pangkat.Tidak hairanlah...

Peminat Belum ‘Move On’...

MESKIPUN pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) sudah melabuhkan tirainya, namun peminat...

Video: Polis Buru Lelaki...

PIHAK polis di Amerika Syarikat telah mengeluarkan rakaman video CCTV mengenai kes ragut...

Sandiaga Uno Calon Terkaya

JAKARTA – Calon naib presiden bagi Parti Gerinda, Sandiaga Uno, adalah calon terkaya dengan asetnya berjumlah 5 trilion rupiah (RM1.4 bilion).

Kelmarin, bekas gabenor Jakarta yang juga ahli perniagaan menyerahkan pengisytiharan harta kepada Suruhanjaya Membasmi Rasuah Indonesia iaitu antara syarat mereka yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum Indonesia tahun depan.

Minggu lalu, Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto, yang akan bertanding dalam pemilihan presiden Indonesia mengumumkan Sandiaga sebagai calon naib presidennya.

Menurut pengisytiharan itu, sebahagian besar harta Sandiaga dalam bentuk hartanah dan saham bernilai 4.7 trilion rupiah (RM1.3 bilion)

Menurut laporan Jakarta Post, Prabowo sendiri berada di tangga kedua dengan aset berjumlah 1.9 trilion rupiah (RM530 juta) berdasarkan pengisytiharannya kepada agensi itu pada 26 Julai lalu.


Sementara itu, jumlah harta dalam pengisytiharan harta terbaru oleh Presiden Joko Widodo atau Jokowi kepada agensi berkenaan hanya 50.2 bilion rupiah (RM13 juta), terutama hartanah di Jawa Tengah dan Jakarta Selatan bernilai 43 bilion rupiah.

Calon naib presiden Jokowi, Ma’ruf Amin, belum mengisytiharkan hartanya kerana sedang menunaikan haji. – Agensi/myMetro Online

Kategori