Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerap Bermain TikTok, Suami...

JAKARTA: Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita di Jakarta dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com.Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***.Si suami sudah tidak tahan sangat la tu.

Dua Pendaki Wanita Hilang...

IPOH : Dua wanita dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian bersama 27 pendaki...

GASAK Wakil Anak Muda,...

KUALA LUMPUR: Gabungan Siswa Kebangsaan (GASAK) mewakili suara anak-anak muda di universiti awam...

Penunggang Basikal Perlu Patuhi...

KOTA BHARU - Penunggang basikal perlu meningkatkan kesedaran dan peka mengenai aspek keselamatan...

Salam Netanyahu Jadi Isu, Pemikiran Cetek Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR – Hanya kerana berjabat tangan secara tidak formal dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sudah dianggap sebagai pengkhianat agama Islam.

Begitu cetek pemikiran Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam reaksinya terhadap insiden bersalaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Netanyahu baru-baru ini.

“Tindakan Perdana Menteri kita berjabat tangan dengan Perdana Menteri Israel merupakan satu insiden pengkhianatan terhadap umat Islam,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nasrudin bersikap lebih teruk apabila menuntut Perdana Menteri memberi penjelasan rasmi di Parlimen berhubung perkara itu dalam sidang akan datang.

Permintaan itu membuktikan Nasrudin sengaja mengabaikan penjelasan Najib berhubung insiden itu sebagai bahan politiknya untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.


Najib-Netanhayu-cropped-flickr-041015

Perdana Menteri kelmarin dengan tegas menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Najib menjelaskan, beliau sebenarnya bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap kerana pada waktu itu giliran beliau pula untuk berucap.

“Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB,” jelas Najib. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori