Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Sehingga 15 Februari LHDN...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan sehingga 15 Feb...

Dasar KKP Negara Dilancar

SEPANG: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini melancarkan Dasar Keselamatan...

Vaksinasi Trak Bergerak Di...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan projek perintis trak bergerak vaksinasi COVID-19 di beberapa...

Kurang Berkesan Lawan Omicron,...

WASHINGTON : Pengawal selia kesihatan Amerika Syarikat (AS) menangguhkan semakan vaksin COVID-19 Pfizer...

Saingan Sengit Jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar

SAINGAN yang hebat bakal dihadapi oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man bagi mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar apabila berhadapan tiga calon lain merebut jawatan tersebut.

Menurut portal akhbar tempatan, Azlan bakal dicabar oleh Naib Ketua UMNO  Bahagian, Azhar Ahmad serta dua calon lain iaitu Zulkefly Wahab dan Azahar Hassan.

Pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun ini bakal mengetahui keputusan pertandingan empat penjuru tersebut.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian bakal menampilkan muka baru selepas penyandangnya, Datuk Azam Rashid mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Manakala jawatan Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya bakal berdepan dua calon lain iaitu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Datuk Abdul Jamil Saad dan Abu Bakar Sadiqin Hazim bagi merebut jawatan itu.

Pertembungan lima penjuru menyaksikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kangar, Hamizan Hassan bersaing dengan Ismail Hashim, Zainudin Osman, Sabri Bidin dan Area Affandy Ariffin bertanding merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian.

Dalam pada itu juga, seramai 45 calon menawarkan diri bagi jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kangar.


Jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang melibatkan Shahrul Jaffaizal Jamil, Harmizan Halim dan Abdul Hadi Abdul Karim.

Hasmawati Abdul Hamid pula mempertahankan jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian kerana tiada calon lain menawarkan diri bertanding jawatan itu.

Azihani Ali dan Marzita Mansor bersaing bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori