Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Cara Untuk Menang...

Lawak ! Video ini menunjukkan cara-cara untuk menang dalam pergaduhan dengan mudah.Tidak perlu...

Jadikan Najib, Zahid ‘Poster...

PASIR GUDANG - Cabaran supaya UMNO meletakkan Datuk Seri Najib Tun Razak atau...

Lelaki Ini Jatuh Cinta...

SEORANG lelaki jatuh cinta dengan wanita yang menggunakan spermanya untuk hamil, 13 tahun...

57 Rumah Di Gugusan...

IPOH - Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting...

Sabri Disukai Kerana Mesra Dan Senang Didekati

SETIU – Lambakan projek pembangunan yang telah dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menjadi bukti kehebatan dan kecekapan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Naisonal (BN).

Kewujudan Kolej Komuniti, premis perniagaan di lokasi strategik, pembinaan pondok moden di Kampung Pelong, masjid dan penyusunan semula pekan Seri Langkap antara projek yang memberi impak positif kepada rakyat.

Menerusi tinjauan Bernama mendapati rata-rata rakyat begitu menghargai usaha dan pengorbanan BN yang diwakili Datuk Sabri Mohd Nor sejak lima tahun lepas dan berharap beliau akan terus menjadi wakil rakyat di kawasan itu.

Seorang penduduk yang merupakan peniaga di kawasan itu Kassim Ismail, 53, berkata Sabri adalah calon BN yang senang didekati sejak dahulu lagi dan beliau juga sedia mendengar masalah masyarakat sekeliling serta bertindak mengatasinya secepat mungkin.

Beliau yang ditemui pada majlis penyampaian bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan Dana Remaja di sini berkata, banyak kelebihan yang ada pada Sabri yang tidak mampu ditandingi pihak lawan terutama hal kebajikan dan kesusahan rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, Sabri bakal berdepan dengan situasi pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PAS Mustaffa Abdullah dan PKR Azmi Maarof.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Roszalia Awang, 38, ketika ditemui berkata, sepanjang beliau mengikuti perkembangan politik di Langkap, Sabri merupakan calon terbaik dan telah memberi khidmat kepada masyarakat berbanding wakil rakyat sebelumnya.

Katanya, bukan sahaja Sabri tetapi juga isterinya Datin Zuhasidah Abas turut kerap turun padang dan menemui rakyat.


“Sebab itu saya yakin, calon BN ini mampu mencatatkan majoriti lebih besar kali ini berbanding 3,022 undi yang diperoleh pada PRU yang lalu dengan jumlah pengundi seramai 18,268 orang,” katanya.

Sementara itu, Sabri ketika ditemui berkata beliau yakin hubungan baiknya dengan penduduk DUN Langkap sejak lima tahun lepas memberi kelebihan kepadanya pada PRU kali ini.

“Saya akan cuba selesaikan masalah yang timbul atau berbangkit dari semasa ke semasa demi kesejahteraan rakyat. Saya melihat momentum selepas hari penamaan calon, Langkap mampu memberi kelebihan dan majoriti akan meningkat kepada hampir 4,000 pada PRU kali ini,” katanya.

Sabri berkata, beliau akan bekerja lebih keras lagi sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada 9 Mei nanti. – BERNAMA

Kategori