Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Sarawak Nafi Sertai...

KUCHING - Barisan Nasional (BN) Sarawak menafikan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH)...

Najib Bantu Pendidikan Anak...

KUALA LUMPUR – Saksi ke-12 perbicaraan Datuk Seri Najib Razak, Manisah Othman mendedahkan...

Terap Kesedaran Keselamatan Jalan...

KUALA LUMPUR - Suasana di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) menjadi riuh-rendah seketika...

Shahrizat Tolak Tawaran Tanding...

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil hari ini...

1MDB: Reezal Merican Jamin Tiada Info Disembunyikan

TIMBALAN Menteri Luar Negeri yang baru dilantik ke dalam kabinet, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyatakan kesediaannya menjadi penjamin bagi memastikan tiada usaha untuk menyembunyikan hasil siasatan bagi kes syarikat pelaburan 1MDB daripada pengetahuan umum.

Ujarnya lanjut, tindakan itu dilihat mustahil kerana setiap maklumat yang diterima semua anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah sama.

Kerajaan Ada Rancangan Pulihkan 1MDB, Perlu Masa 6 Bulan

Memetik kenyataan beliau yang disiarkan Astro Awani, “Saya boleh beri keyakinan atas dasar transparency ini bahawa tidak mungkin ada sedikit pun ruang untuk berlaku penutupan covering up untuk isu sensitif seperti 1MDB ini, sebab bila mana laporan audit dibentangkan secara interim baru-baru ini, semua ketahui saya ketahui tapi ‘the amount of knowledge’ (tahap pengetahuan) sama dengan parti pembangkang ketahui.

“Ini bermakna kebenaran berkaitan siasatan pasti diketahui ia tak mungkin dapat disembunyikan kerana struktur berlakunya secara terbuka dan fast tract, dan saya bagi jaminan kalau ada sebarang bentuk cubaan saya akan jadi guarantor walaupun saya bukan lagi ahli PAC sebab saya ada knowledge (pengetahuan).

“Saya akan pastikan tidak ada penyelewengan maklumat yang dibentangkan setakat mana yang saya dimaklumkan.”


Sumber dari laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia
Sumber dari laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia

Sebelum dilantik menyertai jemaah menteri baru dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, Reezal merupakan salah seorang anggota dalam PAC.

Namun, beliau bersama Pengerusi, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan dua lagi ahli, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau terpaksa melepaskan kedudukan mereka kerana situasi itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Datuk Nur Jazlan Mohamed Akan Lepaskan Jawatan Dalam PAC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori