Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Murid Tahun Lima Maut...

KOTA KINABALU: Seorang murid Tahun Lima maut akibat ditimpa tiang gol ketika sedang...

Bahasa Kebangsaan Bukan Penentu...

PUTRAJAYA - Kejayaan dan kemajuan sebagai satu bangsa bukan hanya ditentukan oleh bahasa...

Macam-Macam.. Kaya Hanya Dengan...

INDIA– Meskipun seekor kerbau mencatatkan rekod dunia dengan harga RM6.68 juta dalam jualan...

Bieber Tolak Undangan Persembahan...

PENYANYI Justin Bieber menolak tawaran lumayan berjumlah US$5 juta (RM20 juta) bagi membuat...

Rakyat Selangor Ditadbir Kerajaan Caca-Marba?

KUALA LUMPUR – Selangor kini boleh diibaratkan sebuah negeri yang ditadbir oleh sebuah kerajaan caca-marba.

Ia berikutan pengumuman Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali bahawa Pakatan Harapan yang ditubuhkan semalam tiada kaitan dengan kerajaan Selangor.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, kenyataan Mohamed Azmin itu mengelirukan rakyat Selangor kerana menimbulkan persoalan tentang status parti politik yang mentadbir kerajaan Selangor sekarang ini.

“Menteri Besar Selangor mengesahkan tiga exco kerajaan Selangor daripada PAS dikekalkan walhal PAS menegaskan mereka tidak sertai Pakatan Harapan (yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN)).

“Ini menunjukkan Selangor kini ditadbir oleh dua pakatan. Satu Pakatan Harapan melibatkan DAP dan PAN. Kedua `Pakatan Azmin’ melibatkan DAP dan PAS,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Baca: Kedudukan Exco PAS Di Selangor Kekal – Azmin

Juga: PAS Tidak Terlibat Dengan Pakatan Harapan

Sehubungan itu, Keng Liang mendesak Azmin menjelaskan kepada rakyat sama ada dua exco kerajaan Selangor daripada PAS bakal disingkir memandangkan PAN adalah anggota Pakatan Harapan walhal Selangor kini ditadbir `Pakatan Azmin’.


PKR, DAP dan PAN semalam mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur sejak Jun lalu ekoran krisis terburuk tahaluf siyasi atau kerjasama politik PAS dengan DAP.

PKR cuba mempelawa PAS kembali menyertai gabungan pembangkang itu selepas bertindak menyisihkan PAS sebelum ini kerana tidak sehaluan dengan DAP dalam beberapa isu.

PAS bagaimanapun menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan kerana enggan terlibat dalam sebarang bentuk bekerjasama dengan musuh ketatnya, DAP dan PAN.

Sacara umumnya, kerajaan Selangor kini ditadbir oleh gabungan parti-parti politik pembangkang yang saling bermusuhan. meskipun matlamat mereka hanya satu: ‘Benci Barisan Nasional!’ – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori