Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Liew Daren, Zii Jia...

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren berada dalam kelas tersendiri...

15 PATI Ditahan Pulang...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 15 Pendatang Asing...

Anggota Imigresen Rasuah Punca...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan sama ada insiden berunsur pengganas...

Ular Mungkin Punca Virus...

KUALA LUMPUR - Ular mungkin punca punca wabak virus korona di China.Sehingga kini...

Rakyat Pakistan Mula Mengundi Hari Ini

ISLAMABAD – Jutaan rakyat Pakistan mula mengundi hari ini, selepas berdepan dengan kempen pilihan raya yang dicemari dengan tuduhan campur tangan tentera dan pelbagai siri serangan maut.

Lebih 800,000 anggota polis dan pasukan keselamatan sudah dikerah untuk mengawal lebih 85,000 pusat mengundi di sebuah negara yang mempunyai kira-kira 207 juta penduduk.

Bagaimanapun, ancaman keselamatan dijangka tidak menjejaskan kehadiran pengundi di timur Lahore, yang ditemui sehari sebelum hari mengundi.

“Ancaman keselamatan ini hanya sekadar alasan untuk menakut-nakutkan pengundi,” kata pekedai, Kashif Ahmed kepada AFP.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, iaitu Liga Muslim-Nawaz Pakistan (PML-N) dan parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang diterajui bekas bintang kriket, Imran Khan. – AFP/BH ONLINE

Kategori