Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

TPM Ke UK Eratkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Nga Kor Ming Nafi...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menafikan dakwaan wujudnya konspirasi...

Perlu Miliki Integriti Tinggi...

PARIT - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan siswazah supaya mempunyai...

Tarikh Melawat Banduan, Pesalah...

KUALA LUMPUR - Keluarga banduan dan pesalah juvana dibenarkan melawat mereka pada 9...

Pyongyang Sedia Bincang Tamat Program Nuklear

WASHINGTON – Pegawai Korea Utara dilaporkan sudah memaklumkan kepada rakan sejawatan di Amerika Syarikat, bahawa Presiden Kim Jong-un bersedia untuk berbincang mengenai usaha menamatkan program nuklearnya, iaitu satu jaminan bagi membuka laluan satu mesyuarat dengan Presiden Donald Trump.

Ia juga dianggap tawaran pertama yang dikemukakan terus kepada Washington, kerana sebelum ini hasrat itu dibuat menerusi penasihat keselamatan Korea Selatan, Chung Eui-yong.

“Amerika Syarikat sudah mengesahkan bahawa Kim Jong-un bersedia untuk mengadakan perbincangan bagi menamatkan program nuklear di Semenanjung Korea,” kata seorang pegawai pentadbiran Trump kepada The Wall Street Journal dan Washington Post, semalam.

Sebelum ini, Washington mengejutkan pemerhati berikutan pengumuman yang dibuatnya pada bulan lalu, bahawa mereka bersetuju untuk mengatur pertemuan pertama antara Trump dan Jong-un yang bakal berlangsung akhir Mei ini.

Namun, maklumat mengenai tarikh atau lokasi perjumpaan itu masih belum ditetapkan. – AFP/BH ONLINE

Kategori