Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Episod Terakhir Istikharah...

KUALA LUMPUR - Drama Istikharah Cinta yang mula bersiaran menerusi slot Akasia pada...

PDRM Kecam Tindakan Azmin...

MENERUSI satu siaran media dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi, seluruh warga PDRM...

Hariff Ingin Tebus Kecewa...

KUALA TERENGGANU - Pelumba pecut negara Mohd Hariff Salleh tekad untuk meraih kemenangan...

SKMM Tarik Sekatan Laman...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menarik tindakan sekatan terhadap...

PAC & Isu 1MDB: Putar Belit ‘Spin’ Kit Siang Terserlah!

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau menuduh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi ucapannya di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut sebaliknya mendakwa amat menghormati Pandikar selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat dan tidak berniat membuat tuduhan jahat ke atasnya semasa berada dalam Parlimen.

“Saya cuma menyatakan kesan keputusan (Pandikar) menghentikan mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) daripada meneruskan siasatan 1MDB sehingga pelbagai jawatan kosongnya dipenuhi.

“Saya cuma kata: “Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa yang Tuan Yang Dipertua tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB, satu skandal besar antarabangsa,” dakwanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Baca: Pandikar Tuntut Kit Siang Mohon Maaf Tuduhan Salah Guna Kuasa

Pandikar pada 19 Oktober lalu mengarahkan Ketua Parlimen DAP itu untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepadanya tanpa syarat atau menghadapi risiko dikenakan tindakan lanjut.


Isnin lalu, Lim mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasa dengan membekukan siasatan PAC selama tiga bulan dalam usaha untuk mensabotaj siasatan ke atas 1MDB.

Sehubungan itu, Kit Siang dalam kenyataan sama pada hari ini menegaskan beliau kononnya akan mengalah dalam isu tersebut. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori