Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PAS Minta Kerajaan Terus...

KUALA LUMPUR - PAS meminta kerajaan supaya mengabaikan dakyah yang disebarkan kononnya pendakwah...

Agong Puji Pendekatan Segera...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa...

1MDB: Rafizi Ramli Diperintah...

MAHKAMAH Seksyen Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela...

3 Sekeluarga Maut Nahas...

REMBAU - Wanita hamil empat bulan antara tiga yang maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di...

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak Bakal Dipindahkan

IPOH – Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Harapan bercadang memindahkan pusat pentadbiran di sini ke Bandar Meru Raya, kata Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata pemilihan Bandar Meru Raya yang terletak kira-kira 15 minit dari sini dibuat kerana kawasan itu bukan sahaja sedang giat membangun, malah mempunyai banyak pejabat jabatan dan agensi kerajaan persekutuan.

“Ini akan memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan, namun cadangan ini perlu dihalusi dan kajian secara holistik dilakukan.

“Selain itu, konsep dan cadangan pembangunan, keperluan sosial, jaringan pengangkutan awam perlu diambil kira sepenuhnya sama seperti sebelum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membangunkan Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Dr Muhd Fadhil Nuruddin (Amanah-Kamunting) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri ke-14 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.


Antara jabatan dan agensi kerajaan persekutuan yang terdapat di Bandar Meru Raya adalah Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata pihaknya juga bercadang memindahkan kediaman Menteri Besar Perak di sini ke Bandar Meru Raya memandangkan rumah sekarang tidak lagi sesuai diduduki atas faktor keselamatan dan pembangunan pesat di kawasan sekitar. – BERNAMA

Kategori