Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Isu Air: MB Mohon...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kepada...

Didenda RM8,000 Kerana Rasuah...

JOHOR BAHRU - Seorang bapa kepada empat orang anak didenda RM8,000 oleh Mahkamah...

Projek Kontroversi Tambak Laut...

PULAU PINANG - Projek kontroversi tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan...

Lelaki Panjat Menara Telekomunikasi

KANOWIT - Gara-gara seorang lelaki yang enggan turun dari menara telekomunikasi di Bukit...

Puluhan Janda Baru Muncul Ekoran Lahirnya GHB?

KOTA BHARU – Mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas diingatkan agar merujuk semula sumpah bai’ah talak tiga ke atas isteri masing-masing jika mahu menganggotai satu parti baharu.

Peringatan keras itu ditegaskan Ketua Pas Rantau Panjang di Kelantan, Abdul Fatah Harun yang merujuk kepada wakil-wakil rakyat parti itu sekiranya berhasrat meninggalkan Pas dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ujarnya, sumpah bai’ah bukan perkara baharu dan telah lama menjadi amalan parti itu di Kelantan dengan semua wakil rakyat, sama ada peringkat parlimen atau negeri, mengangkat sumpah di hadapan Pesuruhjaya Pas negeri.

“Itu jelas kerana perkara ini bukan baharu iaitu sejak tahun 1990 lagi yang menyaksikan Pas buat kali kedua dalam sejarah dapat menawan semula Kelantan daripada penguasaan BN setelah pernah tumbang lewat 1970-an lalu.

“Maknanya kalau keluar parti secara sukarela atau cara lain, mereka ini masih termaktub dalam bai’ah, kecuali mereka ini terkeluar parti kerana kes jenayah, gila dan sebagainya,” katanya kepada sebuah stesen TV tempatan.

Sebelum ini, Abdul Fatah dalam nada sinis pernah menyuarakan mengenai perkara itu melalui status Facebook dengan mengandaikan bahawa akan ada ramai isteri wakil rakyat Pas di Kelantan yang bakal menjadi janda.

Ulasan ‘pedas’ bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang dan ADUN Bukit Tuku itu mencetuskan sensasi di laman maya kerana isu tersebut pernah dijadikan senjata untuk mencegah wakil rakyat Pas daripada ‘melompat’ ke parti lain.

Sementara itu, penganalisis politik tanah air, Dr. Maszlee Malik ketika turut dihubungi wakil stesen berkenaan menganggap kenyataan jujur dan bersahaja Abdul Fatah adalah sesuatu yang memang tidak masuk akal.


Katanya, Abdul Fatah sepatutnya lebih cerdik mengutamakan hal membabitkan kepentingan rakyat dan bukan hanya memikirkan hal remeh-temeh termasuk status janda bagi isteri seseorang wakil rakyat yang diceraikan.

“Sepatutnya dia pentingkan isu rakyat, nasional, pentadbiran dan bukan hanya memikirkan tentang isu seks. Ini beri gambaran buruk kepada Pas dan rakyat menilainya, tambahan pula ada media sosial,” ujar Maszlee.

Baca: GHB – Pas Akan Lawan ‘Mat Sabu & The Gang’

Juga: “Mat Sabu & The Gang” Tubuh GHB

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat Kelantan agar segera menolak pemimpin politik yang lebih cenderung mengutamakan isu remeh sehingga mengetepikan hal berkaitan kepentingan rakyat negeri Pantai Timur tersebut.

“Rakyat Kelantan kena tolak pemimpin siasah yang hanya tahu fikirkan isu seks semata-mata. Kelantan masih perlu diberi perhatian lain termasuk paling utama isu pembangunan prasarana pasca banjir,” kata Maszlee lagi.

Isu GHB mula menjadi perhatian dalam kalangan akar umbi Pas susulan khabar angin mengatakan ada sebilangan besar wakil rakyat dan ahli parlimen Pas Kelantan cenderung meninggalkan parti untuk menyertai saf GHB.

Pada Sabtu, Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menegaskan pendirian sedia untuk menentang GHB pada pilihan raya umum akan datang. – Agensi/Mynewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori