PRU14: Tengku Puan Pahang Mengundi Di Pekan

PEKAN – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak ketinggalan untuk turut sama menyertai rakyat jelata menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Terentang, di sini hari ini.

Berbaju kurung biru, baginda tiba di sekolah berkenaan kira-kira jam 10 pagi dan melakukan semakan di kaunter Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum beratur bersama-sama pengundi lain di saluran dua sekolah itu.

Tunku Azizah selesai mengundi kira-kira 20 minit kemudian sebelum beredar meninggalkan perkarangan sekolah terbabit.

Turut mengundi di sekolah itu, Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Aishah Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sekolah sama kira-kira jam 10.40 pagi untuk meninjau pusat pengundian dan beramah mesra dengan pengundi. – BERNAMA

Loading...