Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Permatang Pauh: 43% Keluar...

PERMATANG PAUH - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh berjalan...

Bai’ah Talak ‘Cederakan’ PAS...

PETALING JAYA - Isu bai'ah taklik talak tiga yang dipertaruhkan PAS bagi menjaga...

Liyana Dahului 2 Pukulan...

KUALA LUMPUR - Pemain meningkat naik negara, Liyana Durisic muncul pendahulu pusingan pembukaan...

TMJ Akui Miliki Pendrive...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas pihak yang berterusan mengkritik persaraan...

PRU14: Sukar Untuk PAS Tawan Perlis – Shahidan

ARAU – Hasrat PAS untuk menawan Perlis pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 adalah sesuatu yang sukar dicapai, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Shahidan malah menyifatkan hasrat PAS itu sebagai sasaran yang tidak patut diletakkan.

“Dia (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tak patut sebut (hendak rampas Perlis)… BN akan menang 100 peratus, bukan 80 peratus, kita betul-betul buat kerja, setakat kempen saja tak jalan,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis sambutan Tahun Baharu Cina MCA Bahagian Arau di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan Harakah, akhbar milik parti Islam itu baru-baru ini yang menyiarkan, Abdul Hadi ketika berucap di Bukit Payong di Marang, Terengganu, sebagai berkata, PAS akan berusaha mempertahankan Kelantan, menang di Terengganu, Kedah, Perlis dan Selangor pada PRU akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu juga berkata, PAS tidak akan berjaya memerintah Perlis atau negara kerana tidak mempunyai sokongan rakyat selain ditolak di Sabah dan Sarawak.


Dalam pada itu, Shahidan berkata sokongan pengundi Cina di Perlis terhadap BN kini berbeza dan dilihat semakin kuat.

“Pengundi Cina memang sentiasa bersama BN, namun dulu mereka terpengaruh dengan pelbagai hasutan hingga menyebabkan mereka mengalih undi mereka,” katanya. – BERNAMA

Kategori