PRU14: PH Tawan Johor, Melaka, Negeri Sembilan

PETALING JAYA – Sejarah telah tercipta dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila Pakatan Harapan (PH) buat pertama kali berjaya menawan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), awal pagi Khamis mengumumkan PH menang majoriti mudah 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor.

Senario sama berlaku di Negeri Sembilan, apabila PH diisytiharkan menang dan dapat membentuk kerajaannya sendiri selepas menang 20 kerusi, empat kerusi melebihi BN yang menang 16 kerusi.

Melaka turut jatuh ke cengkaman PH apabila parti itu menang majoriti mudah 28 kerusi DUN, satu keputusan yang tidak disangka.

Di Pulau Pinang dan Selangor, PH juga diumumkan mengekalkan kedudukannya.

PH menang majoriti mudah 25 kerusi DUN di P.Pinang manakala Selangor terus kukuh apabila menang 56 kerusi.

Di Perak, situasi agak genting apabila PH menang 29 kerusi DUN, BN mendapat 27 kerusi dan PAS menang 3 kerusi. Kerajaan campuran mungkin terbentuk di Perak jika PAS sedia bekerjasama dengan BN. – mStar Online

Loading...