Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Geran Sepadan PTPTN Sehingga...

PADANG BESAR - Seramai 133,049 kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di seluruh...

Sarawak Ambil 4 Langkah...

KUCHING - Kerajaan Negeri akan mengambil empat langkah utama untuk mengawal pengimportan dan...

Hasrat Melawat Tempat Ibadat...

KUALA LUMPUR - Hasrat sekumpulan warga emas untuk melawat beberapa tempat ibadat di...

Lebih 10,000 Belia Jadi...

KUALA LUMPUR - Lebih 10,000 golongan belia terlibat dalam program sukarelawan 'Volunteer For...

Proses Pengundian Seluruh Negara Terkawal, Lancar

KUALA LUMPUR – Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap proses pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berlangsung di seluruh negara setakat ini adalah terkawal dan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keadaan masih terkawal sepanjang proses pengundian dan pengundi mematuhi arahan yang ditetapkan polis di pusat pengundian dengan berdisiplin.

“Saya agak berpuas hati kerana tiada sebarang kekecohan berlaku sepanjang proses pembuangan undi di seluruh negara dan mengharapkan keadaan baik ini berterusan serta dikekalkan sehingga selesai proses pembuangan undi pada 5 petang ini.

“Polis juga sedang membuat persiapan secukupnya untuk mengawal situasi keselamatan di seluruh negara agar kegiatan yang boleh menggugat perjalanan pilihan raya ini dibendung,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar di sini hari ini.

Beliau juga menasihatkan agar semua pengundi menerima dengan hati yang terbuka apabila keputusan PRU14 diumumkan kemudian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya tidak mahu mana-mana pihak yang seolah-olah tidak mahu menerima keputusan PRU14 yang dibuat rakyat pada kali ini dan berharap mereka tidak mencetuskan provokasi,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata polis telah menerima lebih 1,934 laporan polis di seluruh negara berkaitan PRU14, antaranya melibatkan kes khianat bendera.


Dalam pada itu Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah membuat tinjauan dari udara menggunakan helikopter Augusta milik Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM untuk melihat dengan lebih dekat kelancaran proses mengundi sempena PRU14 hari ini.

Pemantauan udara bermula pada sebelah pagi dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur ke Kuala Selangor sebelum ke Bagan Datuk, Perak kemudian ke Batu Pahat, Johor dan kembali semula ke PULAPOL Kuala Lumpur petang ini.

Sebanyak 79,000 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai jabatan dan unit bertugas mengawal keselamatan selain tambahan 10,939 pegawai dan anggota sebagai bantuan dihantar untuk melapor diri di 13 kontinjen di seluruh negara. – BERNAMA

Kategori