Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Rizab Antarabangsa BNM Susut...

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut AS$800 juta (RM3.35...

Kerajaan Pergiat Promosi Tarik...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mempergiatkan promosi di peringkat global bagi menarik minat golongan...

4 Mayat Murid Orang...

GUA MUSANG - Empat jasad murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang...

Banjir Kelantan Makin Buruk

KOTA BHARU : Banjir melanda Kelantan sejak dua hari lalu bertambah buruk apabila...

PRN Sarawak: Ceramah Umum Pertama PKR Hambar

KUCHING – Ceramah umum kali pertama anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) menerima sambutan hambar daripada warga kota terutama pengundi di kawasan Petra Jaya.

Malah, rata-rata hadirin ceramah di pekarangan blok komersial Gita malam Jumaat dikecewakan pihak penganjur apabila kelibat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan seperti dijanjikan.

Penganjurnya, Pejabat PKR Cabang Petra Jaya sebelum ini turut menggunakan nama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai antara penceramah yang akan hadir bagi menarik kehadiran orang ramai.

Calon PKR bagi kerusi Tupong, Nurhanim Hanna Mokhsen antara menyampaikan ceramah pada malam itu selain rakannya, calon PKR kerusi Satok, Mohamed Salleh Shawkatali dan calon PKR Pantai Damai, Morni Samsudin.

Salleh dalam ceramahnya menagih simpati apabila mengibaratkan dirinya sebagai semut merah berbanding calon Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Meskipun demikian, Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Petra Jaya itu tampak begitu lantang bersuara dan mengajak anak-anak muda di Petra Jaya khasnya pengundi Satok untuk berjuang konon bersama-samanya.

Nurhanim Hanna Mokhsen
Nurhanim Hanna Mokhsen

Sementara itu, calon PKR Pantai Damai, Morni mengajak para pengundi di negeri ini supaya mengundi Pakatan Harapan pada PRN-11 konon sebagai isyarat bahawa Sarawak bukan lagi ‘deposit tetap’ kepada kerajaan pusat.

“Setiap kali PRU (Pilihan Raya Umum), kita Sabah dan Sarawak sering dianggap ‘deposit tetap’ kerajaan pusat. Maka pada PRN-11 kali ini saya mohon anda undi Pakatan Harapan sebagai signal kepada mereka,” katanya.


Nurhanim pula terus memainkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai modal untuk beliau mengkritik kerajaan BN di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan ketika ini.

Beliau turut berjanji konon akan menjadi suara di Tupong jika diangkat sebagai wakil rakyat yang dipilih di kerusi tersebut dan merupakan salah satu daripada kubu kuat BN menerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ceramah yang bermula pada 8.30 malam itu bagaimanapun bermula hambar dengan kehadiran kurang daripada 100 penonton dan berakhir lesu pukul 10.30 malam langsung tanpa kelibat Azizah mahupun Azmin sendiri.

Pada ceramah itu, PKR turut membuka kaunter pendaftaran sukarelawan parti untuk DUN Tupong dan Satok serta kaunter menandatangani Deklarasi Rakyat anjuran Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mereka yang berminat. – MYNEWSHUB.CC

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori