Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kongsi Gembira Dapat Anak,...

SEORANG lelaki berkongsikan sekeping gambar memaparkan isteri dan bayi mereka yang baru dilahirkan dengan...

IS Turut Mahu Rekrut...

BENTONG - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran kepada orang...

Percubaan Pertama VAIO ‘Jual’...

UMUM mengenali Sony VAIO adalah jenama untuk komputer riba, namun pada awal tahun lepas,...

Seorang Maut, Seorang Cedera...

PORT DICKSON - Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta cedera dalam...

PRK Seri Setia : Pengundi Pilih Parti Atau Calon

PETALING JAYA – Faktor penentu yang sering kali menjadi persoalan apabila tiba pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK), adakah calon atau parti yang bertanding akan menjadi pilihan pengundi?

Tinjauan Bernama di sekitar kawasan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang bakal berlangsung Sabtu ini menunjukkan faktor parti yang mantap serta sering membela nasib selain menjadi suara rakyat pada sidang dewan negeri, kemungkinan besar akan menjadi penentu.

Pensyarah Kanan Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat faktor parti mampu memberi peluang besar kepada calon Pakatan Harapan (PH) untuk menang, walaupun dari segi popularititi calon PAS mungkin berada di hadapan.

Dalam PRK ini, pengundi rata-ratanya melihat parti mana yang lebih stabil untuk dipilih, di samping pemilihan logo PH adalah pasti kerana ia adalah kerajaan memerintah hari ini apatah lagi Seri Setia merupakan kawasan kubu kuat parti itu.

Beliau berkata kedua-dua calon berusaha menarik undi golongan B40 kerana kebanyakan mereka belum membuat keputusan siapa calon yang akan diundi.

​​​​​​​”Golongan kelas menengah pula hampir semua sudah membuat keputusan siapa yang akan diundi Sabtu ini,” katanya.

Beliau, bagaimanapun menjangka kemungkinan peratusan pengundi yang keluar mengundi akan berkurangan atau tidak sebanyak PRU ke-14 lepas, mungkin kerana faktor baharu sahaja mengundi atau sudah mengagak parti mana yang akan menang.

R. Maggeswery, 47, seorang surirumah berkata beliau tidak hanya melihat kepada calon tetapi parti politik yang diwakili calon berkenaan.


“Kita mahukan perubahan sebenar yang mana hanya sesebuah parti yang kukuh akan mampu menunaikan tanggungjawab (membawa perubahan itu) kepada rakyat. Kalau melihat kepada calon pula, dia hanya mewakili sebahagian kecil daripada parti,” katanya.

Hanif Wardi, 28, yang juga akan membuang undi Sabtu ini berkata beliau lebih melihat kepada kredibiliti calon bertanding, demi masa depan masyarakat dan kerajaan serta pembangunan yang lebih baik.

“Memandangkan Malaysia sudah baharu, perlulah kita (sebagai pengundi) memikirkan tentang nasib masyarakat setempat iaitu tempat kita bermastautin. Jadi, kita perlu memilih calon yang mampu memberi input kepada rakyat dan output kepada kerajaan,” katanya yang bekerja sendiri itu.

Calon PH Halimey Abu Bakar berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon PAS Dr Halimah Ali yang juga bekas Exco Selangor Sabtu ini.

​​​​​​​​​​​​​​Kekosongan DUN Seri Setia adalah berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus 2 Ogos lepas. – BERNAMA

Kategori