Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Saksi MoU Pertandingan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis...

Hudud: Berilah Masa, Ruang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan...

Bersih 5: Jamal Md...

KUALA LUMPUR - Ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan...

Lelaki Herdik, Tampar Tian...

LELAKI yang bertindak menampar Naib Presiden PKR, Tian Chua direman selama empat hari...

PKR Beri Laluan PAS Bertanding Di Pengkalan Kubor

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi laluan kepada calon PAS bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor bagi menjernihkan konflik yang melanda antara kedua-dua parti tersebut.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, keutuhan dan kesepakatan pakatan pembangkang perlu dipertahankan untuk menentang Barisan Nasional (BN).

“Keutuhan dan kesepakatan dalam pakatan perlu dipertahankan. Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.

“Oleh demikian, PKR telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di PRK Pengkalan Kubur mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar.


“Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon pakatan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lalu akibat kanser hati.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pengkalan Kubor akan diadakan pada 25 September dan hari penamaan calon ditetapkan pada 13 September, sementara pengundian awal pada 21 September. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori