Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Israel Serah 3 Jenazah...

Ramallah : Tentera Israel pada Jumaat menyerahkan tiga jenazah rakyat Palestin yang dibunuh...

Polis Siasat Berita Palsu...

SEREMBAN - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook disyaki...

Pengurusan Pasukan NS Perlu...

SEREMBAN – Pihak pengurusan pasukan Negeri Sembilan perlu meletak jawatan selepas gagal membawa...

9 Warga Tempatan Ditahan,...

IPOH - Polis menahan sembilan individu warga tempatan, termasuk lima wanita, serta merampas...

PRK: BN Bertanding Untuk Teruskan Agenda Pembangunan

KUALA KANGSAR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar di Selangor bukan medan bagi Barisan Nasional (BN) untuk berlawan dengan mana-mana parti politik, sebaliknya ia bertanding kerana mahu meneruskan agenda pembangunan sedia ada.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata perancangan yang dibuat kedua-dua Anggota Parlimen sebelum ini iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon mesti dilaksananakan agar penduduk menikmati pembangunan.

“PRK ini sangat penting. Adalah menjadi hak pengundi untuk memastikan agenda pembangunan tidak terbantut, hak dan suara mereka mesti diperjuangkan oleh wakil rakyat dalam Parlimen,” katanya semasa menjadi tetamu dalam rancangan Dialog Khas PRK yang disiarkan di TV1, malam tadi.

Annuar berkata kedua-dua kawasan Parlimen itu sangat istimewa yang mana Sungai Besar mempunyai kawasan sawah padi dan pemilihan wakil rakyat yang dinamik akan membuka lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan.

“Kuala Kangsar pula boleh jadi hab pendidikan. Orang di sini ada nilai tersendiri, rata-rata penduduknya terdidik dan jika wakil rakyat dipilih tepat, maka rakyat boleh menikmati perkara itu sebaiknya,” katanya.

Ditanya mengenai analisis media propembangkang mengenai BN kini mendahulu kempen di kedua-dua PRK itu dan mampu meraih lebih 60 peratus undi kaum Melayu, Annuar berkata pujian itu boleh membawa impak negatif kepada parti jika tidak berhati-hati.

“Ia (pujian) tidak harus membawa jentera BN untuk kurang rasa tanggungjawab, tenang dan terlebih yakin selain membuatkan penduduk kurang kebertanggungjawaban untuk keluar mengundi,” katanya.

Selain itu, Annuar berkata jentera BN mengambil pendekatan untuk berkempen secara sederhana bersesuaian dengan semangat Ramadan ketika ini.


“Jentera kita turun jumpa dengan ramai pengundi, bertemu selepas solat Tarawih dan pendekatan BN itu sangat lunak dan sesuai dengan masyarakat,” katanya.

Mengenai tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat cenderung menyertai kempen pembangkang, Annuar berkata ia hanya merosakkan kredibiliti beliau sendiri dan langsung tidak memberi kesan kepada BN.

“Apa yang dilakukan oleh beliau tidak ada kebenaran, semuanya kerana emosi dan sentimen peribadi kerana kecewa dengan kejatuhan anaknya Datuk Seri Mukhriz dalam politik.

“Kita sangat dukacita kerana melihat pemimpin yang diangkat begitu lama, yang patut disayangi tetapi hari ini mahu menjadi individu yang menggabungkan parti-parti pembangkang, tetapi usaha beliau gagal,” katanya.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar serta Noriah dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Parlimen Kuala Kangsar mempunyai seramai 32,949 pemilih berdaftar, manakala di Sungai Besar terdapat 42,655 pemilih berdaftar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori