Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malu Deklarasi Kelantan, Tun...

PUTRAJAYA - Malu terkejut besar lihat musuh lamanya tampil sokong Perdana Menteri, bekas...

Enjin Pesawat Dynamic International...

Florida - Enjin sebuah pesawat penumpang ke Caracas, Venezuela meletup dan terbakar ketika...

Lelaki Disah Mati Terjaga...

WARSAW - Seorang lelaki Poland yang disahkan mati selepas minum terlalu banyak arak...

Orang Asli Calon BN...

BUAT pertama kali, Barisan Nasional (BN) letak bekas pegawai kanan polis yang juga...

Presiden MIC Tampil Jawab Dakwaan Berkaitan Isu ROS

PRESIDEN MIC Datuk Seri G Palanivel hari ini tampil mengeluarkan kenyataan berhubung tekanan diberikan kepada beliau yang didakwa tidak melakukan apa-apa berkenaan kemelut parti itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pada 5 Disember lepas, ROS telah mengisytiharkan pemilihan bagi jawatan tiga Naib Presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa perhimpunan agung parti pada November 2013 sebagai tidak sah dan batal, lalu mencadangkan pemilihan semula diadakan dalam tempoh 90 hari.

Menerusi satu kenyataan media Palanivel berkata, ahli parti termasuk Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden telah mencetuskan kebimbangan kepada lebih 600,000 ahlinya kerana memberikan maklumat salah.

MENARIK – Krisis MIC : G Palanivel Dicabar Adakan EGM

Mereka mendakwa ada kemungkinan pendaftaran parti terbesar kaum India itu akan dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.

Justeru, beliau telah mengambil tindakan sepatutnya untuk memastikan pendaftaran MIC kekal dan mengelak diadakan pemilihan semula parti.

“Saya sebagai Presiden parti MIC, mengambil langkah segera untuk mempertahankan hak dan kepentingan MIC, bertentangan dengan dakwaan mengatakan saya tidak berbuat apa-apa.

“Kita segera melantik beberapa peguam untuk melihat isu ini dan kami, atas nasihat peguam telah mengutuskan surat bertarikh 24 Disember lepas untuk mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan yang dibangkitkan ROS.

“ROS telah membalas surat kami pada 31 Disember lepas dan untuk pertama kali memberikan notis di bawah Seksyen 16(1) Akta Pertubuhan 1966 bahawa ada pertikaian timbul berikutan pemilihan Naib Presiden dan CWC  yang dilakukan pada 2013.

“Pada masa sama, kami menulis surat kepada ROS pada 2 Januari lepas, memohon untuk memanjangkan lagi tempoh menyelesaikan isu berkenaan tanpa prejudis kepada hak MIC.

“ROS kemudian memberikan surat kepada MIC bertarikh 6 Januari, membenarkan tempoh berkenaan dipanjangkan,” katanya.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata peguam MIC menasihatkan beliau bahawa notis yang diberikan ROS adalah salah dari segi undang-undang, membawa kepada aduan yang dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri berkenaan surat yang diutuskan ROS.

Beliau berkata MIC sudah memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa tiada tindakan untuk mengadakan pemilihan semula akan dilakukan sementara menunggu keputusan rayuan mereka.


“Saya ingin menjelaskan bahawa ada prosedur dan saluran tertentu disediakan dalam Akta Pertubuhan 1966 yang boleh digunakan untuk menyelesaikan aduan ke atas keputusan yang dilakukan Pendaftar Pertubuhan.

“Kami bersama dengan peguam, mengikut segala prosedur dan telah mengambil langkah perlu untuk mempertahankan kepentingan MIC dalam isu ini.

“Tidak benar saya tidak melakukan apa-apa berkaitan isu ROS seperti didakwa, saya sudah cuba melakukan apa yang boleh untuk mempertahankan hak dan kepentingan MIC yang saya akan terus lakukan.

“Satu perkara yang saya tidak lakukan ialah membicarakan masalah dalaman parti MIC kepada media seperti yang dilakukan oleh Timbalan Presiden dan seorang Naib Presiden,” katanya.

Beliau kemudian memberikan jaminan, parti MIC tidak akan mengizinkan pendaftarannya dibatalkan dan meminta pemimpin parti berhenti daripada terus mengelirukan ahli untuk mendapatkan sokongan politik.

Menurut Palanivel, beliau tahu ada mesyuarat berkaitan masalah ROS diadakan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam dan beberapa orang lagi tetapi beliau masih belum memberikan arahan kepada sesiapa.

“Saya masih belum menggunakan kuasa saya di bawah Perlembagaan parti kepada Timbalan Presiden atau sesiapa sahaja.

“Saya tidak pernah memanggil atau meluluskan apa-apa mesyuarat untuk diadakan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden atau sesiapa sahaja berkenaan isu ROS.

“Saya mengarahkan apa sahaja mesyuarat yang telah dirancang atau dipanggil untuk dibatalkan segera dan berhenti daripada membuat pelbagai lagi dakwaan tidak benar,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Video Mogok Lapar Yang Diadakan Oleh Setiausaha Agung MIC G Kumar Aaman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori