Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara 9 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dihukum penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah di...

Putus Cinta, Lelaki Meluru...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa akibat putus cinta mencetuskan...

Sultan Johor Hadiah Kereta...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini mengurniakan kereta...

Selangor Gagal Cabar Isu...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

PPBM Kota Bharu Lumpuh, 34 Pemimpin Sertai PAS

KOTA BHARU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Kota Bharu lumpuh selepas 34 pemimpin dan anggotanya menyertai PAS hari ini.

Antara yang menyertai PAS termasuklah bekas Naib Ketua PPBM bahagian Kota Bharu Mohd Che Hashim Che Min, bekas Ketua Armada PPBM bahagian Kota Bharu Nik Mohd Adhwa Nik Haris, bekas Ketua Srikandi PPBM bahagian Kota Bharu Noormala Abdul Kadir.

Selain itu, lima Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PPBM Kota Bharu dan 12 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) PPBM bahagian Kota Bharu turut mengumumkan menyertai PAS pada hari ini.

Mohd Che Hashim berkata mereka mengambil tindakan keluar PPBM kerana hilang keyakinan kepada Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Ketua PPBM bahagian Kota Bharu Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman.

“Kami cukup kecewa dengan sikap Tun Mahathir yang kelihatan terlalu mengutamakan DAP dalam setiap tindakan dan keputusan parti, hingga akhirnya kepentingan orang Melayu tidak lagi kelihatan menjadi keutamaan (parti).

“Manakala di Kelantan sendiri, kami amat kecewa dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan yang kelihatan amat sibuk berebut kerusi dan hanya memusatkan segala perhatian untuk bertanding (di mana-mana kerusi) berbanding berkhidmat untuk rakyat walaupun tidak memiliki kekuatan di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.


Mohd Che Hashim turut mengambil contoh Parti Amanah Negara (Amanah) yang didakwanya ingin membolot semua kerusi yang ada di Kelantan walaupun tidak mempunyai kekuatan.

“Kami semua sudah muak dengan politik adu domba serta fitnah yang tidak berpenghujung yang dimainkan mereka.

“PAS sebagai parti Melayu tertua di negara ini yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya akan menjadi destinasi akhir kepada perjuangan kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori