Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aznil Bengang 10 Ribu...

Nampaknya, pengacara terkenal Malaysia, Dato' Aznil Haji Nawawi sangat menyayangi para peminatnya hingga...

Perak Tidak Kompromi Pihak...

IPOH - Kerajaan negeri Perak tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu dan pihak...

Faradhiya Katakan ‘Tidak’ Pada...

MUNGKIN rata-rata daripada kita tidak menyangka wanita secantik Faradhiya akan menghadapi masalah 'lambat'...

Manchester United Tewaskan Everton...

MANCHESTER United mencatatkan pencapaian yang agresif apabila empat kali dalam lima perlawanannya hanya...

Politik Bakti, Penyelesaian Faktor Survival UMNO

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO percaya perjuangan berkonsepkan politik bakti dan politik penyelesaian mampu mengekalkan kelangsungan hidup parti berusia 71 tahun itu, kata ketua sayap pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, Pemuda UMNO di bawah kepimpinannya akan terus menjadi penggerak kepada konsep berkenaan selagi mana ia berkesan dalam memastikan UMNO terus menjadi pilihan utama rakyat untuk memimpin negara.

“Bagi saya sendiri dan seluruh kepimpinan Pemuda hari ini, kita amat mementingkan politik khidmat bakti dan politik penyelesaian. Laungan “Hidup Melayu” itu bukan sekadar pada ucapan atau pekikan suara semata-mata…Melayu akan terus hidup. Tapi kehidupan bagaimana yang kita mahukan.

Bolehkah kelangsungan hidup (parti) kita ini terjamin hanya jika Pemuda UMNO hari ini hanya bersifat pendesak, tanpa boleh berfikir dan melahirkan idea-idea segar untuk membantu rakyat?” katanya dalam jawapan bertulis kepada Bernama bersempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71, esok.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, bagaimanapun menegaskan bahawa UMNO, khususnya sayap Pemuda, sentiasa terbuka kepada kedinamikan landskap politik Malaysia, dan dan akan terus bergerak selari dengan masa bagi memastikan parti itu kekal relevan.

Walaupun Pemuda UMNO pernah dikaitkan dengan sifat radikal, terutama sekali sewaktu era Datuk Harun Idris dahulu, Khairy menolak tanggapan sedemikian, sebaliknya menegaskan sayap parti itu pada masa dahulu lebih dilihat sebagai bersifat pendesak dan sedikit berhaluan kanan.

Katanya corak pergerakan sayap itu dinamik dan berubah mengikut landskap politik semasa, demi memastikan ia sentiasa mendapat tempat dan kepercayaan di mata masyarakat, khususnya golongan muda di negara ini.

“Pada saya UMNO atau Pemuda UMNO itu tidak pernah sesekali radikal, melihat kepada sejarah penyatuan kita bersama-sama parti kaum lain di bawah Barisan Nasional sejak dahulu. Mungkin perkataan yang lebih sesuai buat Pemuda UMNO dahulu ialah sedikit berhaluan kanan dan bersifat sebagai kumpulan pendesak. Yalah, ia melihat kepada keperluan pada sesuatu zaman itu.

UMNO dan Pemuda UMNO khususnya sering bergerak selari dengan masa. Kita sentiasa mendepani zaman. Wadah kita adalah wadah rakyat. Kita merasai setiap denyut nadi rakyat yang memerlukan perubahan dan kemahuan dari semasa ke semasa. Sebagai organisasi politik, UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali statik,” kata Anggota Parlimen Rembau itu.

Sebagai contoh, kata Khairy sebanyak 10 cadangan dan idea Pemuda telah digariskan dalam ucapan dasar beliau sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, antaranya — peluang pekerjaan untuk golongan muda, perumahan, serta biasiswa pendidikan – bukan sahaja mendapat perhatian khusus, malah dasar-dasar penyelesaian daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden parti.


Menyentuh mengenai persiapan Pemuda menjelang Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang, Khairy berkata sayap itu sentiasa aktif dalam melakukan penerangan kepada isu-isu semasa kepada masyarakat bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional tidak terus dipalitkan dengan persepsi negatif.

“Saya bersyukur kerana parti kini berada dalam keadaan yang utuh. Sokongan ahli dan pimpinan terhadap presiden semakin mantap dan pelbagai isu yang dipalitkan dengan UMNO telah kita jawab satu-persatu.

Pelbagai dasar kerajaan juga telah dilaksanakan dengan baik sekali dari semasa ke semasa. Dasar-dasar seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia), Rumah Transit merupakan titik sentuh yang baik antara kerajaan dengan rakyat. UMNO dan BN terus membuktikan kita bukan hanya berupaya membawa pembangunan ekonomi serta negara, tetapi juga mampu menyelesaikan permasalahan rakyat di peringkat keluarga ataupun individu,” kata Khairy.

Namun beliau berkata, di sebalik kejayaan-kejayaan itu, kesemua anggota UMNO harus sentiasa peka dan mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan persepsi rakyat terhadap UMNO secara bijak.

(Persepsi ini) kelemahan yang mungkin ada pada diri kita sendiri, apatah lagi dengan tindakan pembangkang yang sering memutarbelitkan fakta demi kepentingan mereka. Kesatuan dalam UMNO dan Barisan Nasional kini juga berada dalam tahap terbaik, berbanding keadaan yang melanda pakatan pembangkang sekarang,” katanya.

Khairy berharap agar Pemuda di bawah kepimpinan akan datang, serta UMNO itu sendiri, akan terus berani melakukan perubahan, mengubah pendekatan dan merancang polisi yang sesuai dengan peraliran zaman.

“Jika Pemuda UMNO kekal seperti sekarang, sudah tentu ia sebuah sayap politik yang statik. Jika kekal dengan model dan cara lama, kita akan menjadi tidak relevan pada masa akan datang dan ditolak oleh rakyat. Saya mengharapkan agar Pemuda UMNO pada masa mendatang akan kekal relevan dalam mendepani keperluan serta permasalahan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori