Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penumpang Maut Terjatuh Di...

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh di landasan stesen...

Menjelang PRK PD, Jentera...

MENJELANG pilihan raya kecil di Port Dickson, jentera Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan...

Bom Perang Dunia Kedua...

PARIT - Sebutir bom seberat 454 kilogram yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua,...

Tidak Perlu Sekat Umrah,...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat aktiviti umrah susulan majoriti kes...

Politik Baharu Perlu Ada Roh Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Politik baharu dan roh perlembagaan negara perlu berjalan seiring untuk membina sebuah negara bangsa yang maju dan makmur dengan rakyatnya yang bersatu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam dunia globalisasi ini, beliau berkata rakyat harus menerima politik baharu untuk menjadikan negara mampu bersaing dengan dunia semasa.

“Menolak politik baharu adalah satu langkah ke belakang, tetapi dalam menerima kemunculan politik baharu tersebut, asas perlembagaan jangan ditinggalkan,” katanya dalam catatan di blognya hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa politik baharu adalah politik yang berpisah daripada kerangka perkauman yang mengutamakan isu-isu sejagat sesuai dengan arus globalisasi.

“Politik baharu ini berkembang pesat kerana terobosan internet dan mendapat tempat di hati anak muda,” katanya sambil menambah ramai merasakan politik baharu disukai.


Namun, bagi anak muda yang celik politik, Salleh berkata mereka menimbulkan satu pertanyaan: “Mana roh kenegaraan dalam politik baharu?”.

“Kata mereka, jika mengutamakan hanya aspek globalisasi dan isu-isu sejagat sahaja, bagaimana pula dengan asas-asas pembentukan negara ?Apa gunanya politik baharu jika asas pembentukan negara ini dianaktirikan?,” katanya yang berpendapat bahawa persoalan yang ditimbulkan itu adalah relevan. – BERNAMA

Kategori