Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Saya Masih Menangis Hingga...

KUALA LUMPUR - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri...

Hanya 4 Daripada 47...

KUALA LUMPUR - Pengauditan oleh Jabatan Audit Negara terhadap 47 syarikat Menteri Kewangan...

PSC: Mr. Tony! Ini...

AL KISAHNYA awal Julai 2007, masyarakat dunia gempar 'aksi' sekumpulan Orang Kelainan Upaya...

Pandora Papers: Anwar Sedia...

“Saya tidak ada masalah (untuk dipanggil SPRM). Saya boleh beri kerjasama tapi sebagaimana kita tahu kita mahu siasatan itu melibatkan agensi seperti Bank Negara Malaysia, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), SPRM dan PDRM (Polis Diraja Malaysia).“Saya akan beri kerjasama apa yang saya ada tambahan yang lebih.“Seperti yang kita tahu ia satu badan antarabangsa yang buat siasatan, sepatutnya SPRM menyegerakan kerana ini bukan benda baharu, kes ini keluar daripada badan integriti antarabangsa yang saya telah bongkar di Parlimen minta siasatan semenjak 2012 lagi,” katanya.

Politik Anjal UMNO Bawa Banyak Faedah Rakyat Majmuk

KUALA LUMPUR – Politik anjal atau fleksibel diamalkan UMNO sejak penubuhannya 70 tahun lalu, telah membuktikan bahawa ia parti inklusif yang telah membawa banyak faedah kepada rakyat berbilang kaum di negara ini, demikian pandangan umum anggota parti dan ahli akademik.

Nikmat faedah itu merentasi pelbagai sektor seperti ekonomi, pendidikan dan sosial.

Mereka berpandangan bahawa perkongsian kuasa yang diamalkan UMNO sebagai tunjang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), turut menyaksikan parti komponen yang lemah prestasinya, diberikan tempat sewajarnya dalam barisan Kabinet.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2016 malam tadi, telah menegaskan bahawa UMNO turut bersifat memayungi kaum bukan Melayu atas prinsip ‘Sebumbung Senegara.’

Kenyataan ini sekali gus menolak tohmahan dan politik sempit pihak pembangkang yang sebelum ini sering menuduh UMNO sebagai parti rasis yang hanya memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu di negara ini.

Seorang perwakilan yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka, Siti Faidul Maisarah Abdullah berkata perjuangan dan sumbangan UMNO terhadap kemajuan yang dikecapi negara pada hari ini, haruslah dilihat dalam konteks yang besar.

“Kita bukanlah parti yang hanya menjaga pada satu kaum sahaja, tetapi juga kaum-kaum lain. Contohnya kita mengadakan sistem sekolah pelbagai aliran manakala dasar (kerajaan) dan pelbagai bantuan bukan hanya tertumpu kepada kaum Melayu sahaja,” katanya kepada Bernama, di sini.

Seorang lagi perwakilan yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, Selangor, Rozana Kamarulzaman, berkata kenyataan Ahmad Zahid itu adalah isyarat jelas kepada pembangkang dan rakyat keseluruhannya mengenai perjuangan UMNO.


Seorang pemerhati yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Balik Pulau, Pulau Pinang, Zambri Mohd Isa berkata selain orang Melayu, UMNO juga banyak berjasa kepada kaum lain melalui dasar-dasar yang dilaksanakan menerusi kerajaan BN.

“Kita lihat kemakmuran negara pada hari ini dinikmati oleh semua kaum, tiada satu kaum pun yang terpinggir. Semua kaum mendapat banyak faedah melalui dasar kerajaan antaranya yang berkaitan dengan ekonomi, pendidikan dan pembasmian kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Madya Mohd. Izani Mohd Zain daripada Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata UMNO adalah parti terawal yang mempelopori kerjasama dengan parti lain seperti MCA dan MIC dalam Perikatan dan kerjasama politik itu kemudiannya diperluaskan dalam BN pada 1974.

“Ini jelas membuktikan UMNO menjayakan politik anjal seperti yang disebut Ahmad Zahid. UMNO adalah parti teras dalam Perikatan dan BN yang menganjurkan perkongsian kuasa.

“Ini turut diakui pembangkang sehingga mereka percaya untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya, mereka (pembangkang) mesti bekerjasama. Kerana itulah munculnya Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan,” katanya.

Mohd Izani berkata model yang cuba diaplikasikan pakatan pembangkang menggunakan acuan UMNO dan BN itu ternyata gagal kerana mereka tidak mempunyai formula kerjasama yang jitu seperti BN. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori