Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Beku Aset Rohana...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan aset dan...

Dalang Kartel Projek Kerajaan...

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket kartel...

Hadi Sindir Pihak Gelar...

SEBELUM ini beberapa portal berita politik tempatan pernah menyiarkan komen panas oleh seorang...

Imam Dilarang Beri Kuliah...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslan Ismail...

Polis Diminta Siasat Sanjeevan Susulan Pendedahan Jude Pereira

Selepas terdedahnya kisah Pegawai Penyiasat kes liwat II DSP Jude Blacious Pereira yang cuba disogok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan, kini pelbagai pihak mendesak Sanjeevan disiasat.

Ia berikutan dalam kenyataan yang ditulis sendiri Jude, Sanjeevan dikatakan banyak membantu Anwar yang juga Ketua Pembangkang dalam kempen ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Pada Oktober tahun lepas, Sanjeevan dikatakan membayar sebanyak RM340,000 untuk membeli dua nombor plat kereta mewah jenama BMW.

MESTI BACA – Liwat II : Jude Pereira Dedahkan Diminta Mengaku Ada Konspirasi

210215SanjeevanBMW

“Huh.. kaya @sanjeevan, itu nombor plat banyak cantik, harga RM340,000 pun cantik,” kata Huan di twitternya.

Antara yang membuat desakan itu ialah bekas Naib Presiden Gerakan Datuk Huan Cheng Guan melalui akaun Twitternya @Huan2U.

Sanjeevan turut mencabar Huan untuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat jika ada menerima bayaran suapan daripada Anwar untuk cuba menyogok Jude.

210215Sanjeevan_1

Seorang Konsultan Strategik Perniagaan, Hanif Yon turut sependapat dengan Huan dan meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka segera kertas siasatan ke atas Sanjeevan dan Anwar.

“Saya minta KPN @KBAB51 segera buka kertas siasatan berhubung pendedahan Jude,” kata Hanif.

210215Sanjeevan_3


Semalam, Mynewshub.cc melaporkan pendedahan Jude yang mendakwa Sanjeevan yang membantu Anwar meminta Jude membuat kenyataan media bahawa wujud konspirasi dalam siasatannya berhubung kes liwat II.

Kes liwat II ialah tuduhan liwat ke atas Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yang meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, Jude mendedahkan di sebuah hotel di KL Sentral ada seorang lelaki telah membuat rangka surat kenyataan media yang meminta beliau menyatakan bahawa Anwar telah didakwa tanpa sebab yang kukuh dan bukti-bukti direka ke atas kesnya.

Jude dalam kenyataan panjang lebarnya enggan memenuhi permintaan mereka dan beredar dari hotel berkenaan kerana memelihara integritinya sebagai pegawai polis.

Sanjeevan pula merupakan Pengerusi sebuah badan memantau jenayah atau MyWatch.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Penjelasan Kes Liwat II Peguam Kanan Oleh Tan Sri Shafee Abdullah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori