Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Thailand Rancang Pinjam RM2.5...

BANGKOK – Pejabat Dana Bahan Api Thailand merancang meminjam 20 bilion baht (RM2.5...

Penceramah Bebas Didenda RM900...

SEREMBAN - Seorang penceramah bebas didenda RM900 di Mahkamah Rendah Syariah hari ini,...

Ahmad Razif & Azizulhasni...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan atlet berbasikal negara,...

SKMM Terima 34 Aduan...

ALOR GAJAH - Sebanyak 34 aduan diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)...

Polis Akan Buka Kertas Siasatan Terhadap Azmin

PERMATANG PAUH – Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali gagal membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau menggelar Ketua Polis Negara, dengan nama kurang elok.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya memberi masa sekurang-kurang seminggu untuk Menteri Besar Selangor itu memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian pihaknya akan mengambil tindakan lanjut.

“Setakat hari ini, tiga Persatuan Polis sudah mengeluarkan kenyataan untuk memohon Menteri Besar Selangor itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Kenyataan terhadap Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) sebagai ‘Barua UMNO’ itu sama seperti menuduh semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu di sini hari ini.

Mohamed Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai ‘barua UMNO’ dalam ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.


“Polis mahu Mohamed Azmin membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukan melalui Setiausaha Politiknya. Kami bagi tempoh untuk beliau berbuat demikian,” kata Abdul Rahim.

Beliau berkata kes Mohamed Azmin itu akan disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika beliau tidak meminta maaf.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kenyataan Mohamed Azmin terhadapnya baru-baru ini sebagai melampau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori