Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Mangsa Ketiga Lemas...

KUANTAN - Mayat seorang lagi mangsa yang sebelum ini dikhuatiri lemas selepas mandi...

Polis Tahan 200 Individu...

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan menahan 200 individu kerana menjalankan kegiatan menjual nombor...

RM1 Bilion Projek Khas...

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan melaksanakan projek pembasmian kemiskinan tegar di seluruh negara...

Jatuh Kuda, Andy Lau...

PELAKON terkenal Andy Lau yang sedang berehat akibat kemalangan menunggang kuda kini menjadi...

Poay Tiong Dakwa DUN Duyung Masih Milik DAP

KUALA LUMPUR – DAP mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyung masih milik parti itu kerana wakil rakyatnya, Goh Leong San tidak pernah dipecat daripada DAP.

Ketua Pembangkang DUN Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa, surat oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng kepada Speaker DUN Melaka bertarikh 8 Mac 2016 tidak menyatakan Leong San dipecat oleh DAP.

Justeru, dakwanya, Leong San masih merupakan ahli dan ADUN DAP dan tertakluk kepada segala peruntukan perlembagaan parti seperti mana-mana ahli DAP yang lain.

“Surat itu hanya menyebut dua perkara sahaja iaitu perlantikan ADUN Ayer Keroh (beliau) sebagai Ketua Pembangkang dan perlantikan ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew sebagai Ketua Whip DAP.

“Ingin tegas di sini bahawa dalam surat tersebut tiada sebut langsung tentang kedudukan ADUN Duyung.

“Leong San hanya digantung keahliannya selama setahun bukan dipecat. Ertinya, beliau masih merupakan ADUN DAP,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad hari ini memaklumkan ADUN Duyong dari DAP kini adalah ADUN Bebas berdasarkan surat yang dihantar oleh Setiausaha Agung DAP.

Beliau juga memaklumkan jawatan ketua pembangkang yang sebelum ini disandang Leong San kini diambil alih oleh ADUN Ayer Keroh.

Poay Tiong seterusnya mendakwa, berhubung isu tempat duduk Leong San dalam sidang DUN kini di tempat DUN Bebas kerana ADUN Duyung itu yang meminta untuk ditempatkan di kerusi Bebas. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori