PM Nasihat Rakyat Kekal Cergas, Berhati-Hati Memandu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Malaysia yang akan, atau dalam perjalanan, pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya, supaya kekal cergas dan berhati-hati semasa di jalan raya.

“Ramai akan memulakan perjalanan pulang dalam beberapa hari ini. Pastikan diri anda cergas, berhati-hati dan patuhi undang-undang semasa di jalan raya.

“Insya-Allah selamat ke destinasi,” katanya di laman Facebook dan Twitter hari ini.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara mula bergerak perlahan petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke kediaman masing-masing selepas cuti Hari Raya.

Umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri pada Jumaat lepas. – BERNAMA

Loading...