Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GEMPAR! Pontianak Berjaya Dirakam...

SETIAP pelajar yang pernah tinggal di asrama pastinya mempunyai pengalaman mistik atau sekurang-kurangnya, mendengar kisah-kisah seram...

8 Bahagian PPBM Lapor...

HANYA retak tunggu belah sahaja nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor...

Tidak Pernah Keluar Kenyataan...

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata beca elektrik sesuai digunakan...

8 Tentera Laut Mesir...

KAHERAH - Sebuah kapal tentera laut Mesir diserang 'pengganas' di Laut  Mediterranean semalam,...

PKR Minta Tony Pua Jangan Menyibuk Urusan Bazar Deepavali

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pengerusi DAP Selangor Tony Pua supaya jangan menyibuk tentang urusan Bazar Deepavali di Selangor yang ditadbir PKR.

Pemimpin PKR, R.Sivarasa sebaliknya meminta Tony selaku pemimpin DAP terus memberi tumpuan ke atas kerja-kerja membangkit-bangkitkan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kawan saya (Tony) Pua telah melakukan tugas yang baik dalam isu 1MDB. Beliau sepatutnya memberi tumpuan terhadap isu 1MDB daripada isu remeh seperti lokasi Bazar Deepavali,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan tindakan Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menuduh dua pemimpin PKR di Kelana Jaya sebagai gengster yang mengawal kawasan tersebut.

Tony baru-baru ini mendakwa Setiausaha PKR Kelana Jaya, S.Murali dan seorang lagi pemimpin parti itu yang digelar sebagai Samy melakukan aktiviti-aktiviti gengster di Kelana Jaya termasuk memeras ugut peniaga di kawasan tersebut.

Beliau turut mendakwa Murali dan Samy mengetuai sekumpulan gengster yang terdiri daripada ahli PKR bertindak mengugutnya ketika mengadakan sidang media di hadapan Kuil Easwari di Sungai Way baru-baru ini.


Sehubungan itu, Murali yang mendapat sokongan Sivarasa membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Selangor tersebut selain akan menyaman Tony di atas tuduhan tersebut.

Tony pada 15 Oktober lalu diserbu sekumpulan peniaga yang beliau percaya ahli PKR yang berang kerana mereka diminta berpindah dari tapak bazar lama di Jalan SS9A/13 ke Jalan SS9A/12 di Sungai Way.

Tony menjelaskan, keputusan untuk memindah tapak bazar itu dibuat berdasarkan aduan mengenai kesesakan lalu lintas yang berlaku akibat kewujudan bazar itu.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori