Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MU Tewaskan N.Sembilan Dalam...

SEREMBAN - Melaka United menewaskan Negeri Sembilan 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium...

Lima Jemaah Malaysia Masih...

KUALA LUMPUR - Lima daripada 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dalam kejadian...

Najib Tiba Untuk Lawatan...

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Terengganu...

KJ: Rakyat Akan Terima...

KOTA KINABALU - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin percaya bahawa rakyat akan...

PKR Masih Harapkan Kerjasama PAS Dalam Pakatan Harapan

PERMATANG PAUH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih mengharapkan PAS akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perbezaan pendapat antara DAP dan PAS bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR akan berfungsi sebagai ‘jambatan’ kepada DAP dan PAS untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu pasukan.

“Kita berharap PAS akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di sini hari ini.


Dr.Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan bahawa penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas anggota PAS akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan PAS.

Isnin lepas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu. – BERNAMA

https://youtu.be/SqMIqhBcTNU

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori