Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jangan Panik Dengan Kes...

JOHOR BAHARU - Orang ramai tidak perlu panik dengan kes demam kepialu sebaliknya...

5,082 Doktor Pakar Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Terdapat 5,082 doktor pakar dalam pelbagai bidang yang sedang berkhidmat...

Pilihan Raya: Rakyat New...

WELLINGTON - Rakyat New Zealand mengundi hari ini pada pilihan raya sengit yang...

Lelaki Sanggup Pakai Kasut...

LELAKI ini memang sayangkan kekasihnya. Buktinya dia sanggup memakai kasut tumit tinggi milik...

PKR Mahu Umum Saf Kepimpinan Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan akan mengumumkan satu dokumen bagi merapatkan saf kepimpinan gabungan beberapa parti pembangkang tersebut.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, dokumen itu merupakan satu pengumuman besar dalam usaha menumbangkan UMNO di bumi Malaysia.

“Dalam masa terdekat Pakatan Harapan akan membuat pengumuman besar tentang dokumen yang akan merapatkan saf kepimpinan dan usaha menumbangkan UMNO.

“Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan PKR serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya,” dakwanya dalam satu perutusan tahun baru hari ini.

Wan Azizah dalam pada itu menyeru semua parti politik di Malaysia supaya bersama-sama Pakatan Harapan dalam usaha menumbangkan UMNO.

Pakatan Harapan ditubuhkan tahun lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur akibat perbalahan diantara PAS dengan DAP dan PKR dalam isu hudud.


Pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat kemudian bertindak menubuhkan sebuah parti Islam baharu, Parti Amanah Negara (PAN) bagi menggantikan PAS dalam gabungan baharu parti pembangkang tersebut.

PKR bagaimanapun cuba berbaik semula dengan PAS selepas perhimpunan haram Bersih 4.0 pada Ogos 2015 kerana bimbang kehilangan undi penyokong parti itu berikutan tidak ramai ahli PAS menyertai perhimpunan berkenaan.

Bersih 4.0 dianjurkan oleh PKR dan DAP bersama beberapa gerakan yang memperjuangkan hak asasi kebebasan secara melampau termasuk kebebasan untuk rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup gay dan lesbian. – myneeshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori