Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harapan Bercuti Di Singapura...

Daripada Nor Baizuri BasriSINGAPURA (Bernama) -- Louise Sitharta (gambar bawah) sepatutnya bercuti di...

Kempen ‘1 Anjing 10...

MENJADI buah mulut pengguna media sosial apabila kempen "1 Anjing 10 Ringgit" anjuran...

Wong Shu Qi Dakwa...

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi yang mendakwa...

Rumpai Laut Sabah Tembusi...

SEMPORNA - Industri rumpai laut Sabah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan China, Filipina...

PKR, DAP, PAN Sah Bakal Lawan PAS Ketika PRU-14

MUKTAMAD akhirnya Pakatan Harapan menutup pintu kepada PAS sekali gus mengisytiharkan ‘perang’ terhadap parti Islam itu apabila mengumumkan bakal menentang calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

Pengumuman cukup bersejarah itu dinyatakan menerusi kenyataan media bersama antara wakil PKR, DAP dan PAN yang dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di Petaling Jaya pada Khamis.

Mesyuarat kali pertama selepas Pakatan Harapan ditubuhkan akhir bulan lalu antara lain menyatakan PAN akan menggantikan PAS untuk menentang calon UMNO-BN pada PRU-14 khasnya di kawasan majoriti Melayu.

Anehnya, kenyataan itu tidak menjelaskan adakah PAS perlu menarik diri daripada bertanding di kawasan sama dan ini bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN-PAS-PAN untuk kerusi berkenaan.

Lucunya dalam masa sama, jumlah kerusi yang selama ini secara tradisi ditandingi oleh PAS akan dikurangkan dan ia bererti PAN bakal menerima peruntukan kerusi yang sedikit manakala bakinya akan diisi PKR atau DAP.

Sekali lagi agak lawak juga kerana PKR dan DAP dijangka meletakkan calon Melayu bagi menentang UMNO-BN di kawasan yang sebelum ini diperuntukkan untuk PAS kononnya PAS secara ‘atas kertas’ tidak bertanding di situ.

Persoalan cepumas, dalam kenyataan itu ada menyatakan PAS bukan ahli Pakatan Harapan, tetapi adakah ini bermakna PAS senang-senang sahaja boleh menyerahkan kerusi mereka kepada PAN, PKR atau DAP?

Secara logik, tidak mungkin PAS mudah memberi kerusi mereka untuk ditandingi oleh PKR apatah lagi musuh ketat mereka, DAP dan parti serpihan terbaharu iaitu PAN semata-mata mahu melawan calon UMNO-BN.

Jika kenyataan ini boleh diterima pakai, ini juga bermakna pada PRU-14 nanti, akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan majoriti pengundi Melayu apabila BN bakal ditentang PAS selain PAN, PKR atau DAP.

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengulas keputusan mesyuarat pertama Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dan ia menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan penganalisis politik. – Mynewshub.cc/HAA

KENYATAAN MEDIA: MESYUARAT PERTAMA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Setiausaha Agung daripada setiap parti – PKR, DAP dan PAN telah bermesyuarat buat pertama kali pada hari ini di ibu pejabat KEADILAN.

Perkara ini menyambung tradisi dari amalan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa pentadbiran dan perjalanan harian Pakatan Harapan diuruskan melalui sebuah Majlis Setiausaha.


Mesyuarat pada hari ini telah membincangkan dan menetapkan perkara-perkara berikut:

1. Mesyuarat Majlis Presiden yang pertama pada hari Isnin, 19 Oktober 2015 jam 11.30 pagi di Parlimen. Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah badan tertinggi yang dianggotai oleh pimpinan tertinggi dari setiap parti yang menentukan dasar dan hala tuju Pakatan Harapan. Mesyuarat pada hari ini membincangkan perkara-perkara yang akan diangkat dalam mesyuarat Majlis Presiden pada hari Isnin 19 Oktober 2015.

2. Penubuhan dan pelancaran Pakatan Harapan di setiap negeri. Jadual Jelajah Pakatan Harapan yang bertemakan #bebasrakyat #bebasAnwar akan dimuktamadkan dan diangkat untuk kelulusan Majlis Presiden minggu depan.

3. Persediaan awal ke arah merangka satu Perjanjian Pakatan (Coalition Agreement) dan Dasar Bersama (Common Policy Framework) yang bakal ditandatangani ketiga-tiga parti juga perkara melibatkan pembahagian kerusi DUN dan Parlimen. PAN akan bertanding menggantikan kerusi PAS untuk berhadapan dengan UMNO dan jumlah kerusi akan dikurangkan untuk diagih kepada DAP dan PKR yang akan meletakkan calon Melayu khasnya kerusi Parlimen. Rakyat juga harus diberitahu bahawa PAS bukan lagi bersama Pakatan Harapan.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan yakin tanpa PAS akan menjadi sebuah pakatan yang lebih kukuh dan bergerak bersama akan meningkatkan tekanan terhadap Kerajaan BN.

MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

15 OKTOBER 2015

YB Rafizi Ramli,
Setiausaha Agung KEADILAN

YB Anthony Loke Siew Fook,
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

Haji Mohd Anuar Tahir,
Setiausaha Agung PAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori