Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

UPSR Diteruskan Di 5...

KOTA KINABALU - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di lima sekolah di...

Budak Maut Jatuh Bangunan,...

MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang maut selepas terjatuh dari...

Harga RON95, RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun enam sen...

Bayi Meninggal Dunia Dua...

DHAKA - Seorang bayi tidak cukup bulan yang diisytiharkan mati kemudian menangis ketika...

PKR Akan Keluarkan Kenyataan Dalam Masa Terdekat – Rafizi

DAMANSARA:  Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyatakan parti itu akan mengeluarkan kenyataan mereka berhubung hala tuju Pakatan Rakyat selepas ini.

Mesyuarat Biro Politik parti itu diadakan sehari selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan berkenaan keputusan DAP yang menceraikan PAS menerusi mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), semalam.

Akhirnya… Pakatan Rakyat Diisytihar Menemui Noktah

Rafizi yang ditemui sejurus selepas mesyuarat PKR berkata kepada wakil media, “kita telah ada mesyuarat yang panjang dan telah dapat keputusan, cuma ada beberapa perkara yang perlu dirundingkan dan dibincangkan sedikit lagi.”

“Parti akan mengeluarkan kenyataan dalam masa yang difikirkan sesuai,” ujarnya ringkas.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, mesyuarat yang diadakan selama tiga jam itu adalah merupakan mesyuarat mingguan selain perbincangan bertujuan untuk menjaga amanah yang telah diberikan rakyat kepada parti itu.


“Setiap minggu kita akan buat mesyuarat, adalah kita bincang.  (Keputusannya) very positive untuk menjaga amanah yang telah diberikan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Keadilan di sini hari ini.

Setelah beberapa bulan PAS, PKR dan DAP yang bernaung dalam gagasan Pakatan Rakyat bergelumang dengan pelbagai kontroversi, ia diisyitiharkan menemui titik noktah secara rasmi.

Sebelum ini PAS menerusi presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang telah meluluskan tanpa usul bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang terang-terangan tidak bersetuju dengan dasar PAS untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=hxLAwskVp3w

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto/Video:  RIZA RAZAK 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori