Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Baby Girl… Eira Syazira,...

TAHNIAH... Kami di Mynewshub ucapkan buat pasangan selebriti, Eira Syazira dan Azad Jazmin...

Malaysia, Bahrain Meterai 4...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Bahrain hari ini menandatangani perjanjian mengenai perkhidmatan udara dan...

TPM Puji Peranan Duta...

NEW DELH - Usaha berterusan dan komitmen para duta dan pesuruhjaya tinggi Malaysia...

Lelaki Maut Dirempuh Kenderaan...

SARIKEI - Seorang pemandu lori maut ketika sedang memasukkan muatan ke dalam lori...

Pilihan Raya: Rakyat New Zealand Mengundi Hari Ini

WELLINGTON – Rakyat New Zealand mengundi hari ini pada pilihan raya sengit yang menyaksikan Perdana Menteri konservatif, Bill English ditentang pencabarnya yang masih muda dan berkarisma, Jacinda Ardern.

Kempen pilihan raya yang dianggap antara paling sengit dalam sejarah negara ini, dengan sokongan berubah daripada English kepada Ardern dan kembali semula kepada perdana menteri itu.

“Pilihan raya kali ini amat sengit, ia pertandingan antara dua parti utama,” kata English semalam.

Tiada parti mendakwa memperoleh majoriti dalam Parlimen New Zealand dengan 120 kerusi sejak undian perbezaan diperkenalkan pada 1996 dan pilihan raya kali ini berkemungkinan tidak mengubah keadaan itu.

Tinjauan pendapat menunjukkan sama ada Parti Nasional pimpinan English atau Buruh pimpinan Ardern berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan lewat hari ini.


Kemungkinan lain adalah tiada pemenang mutlak apabila kedua-dua parti utama mencari rakan gabungan untuk membolehkan kerajaan dibentuk.

Pusat undian dibuka pada jam 9 pagi waktu tempatan hari ini dan ditutup pada jam 7 malam. – AFP

Kategori