Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aliff Syukri Mahu Ajar...

MELIHAT kepada kehidupan ushawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tidak dapat dinafikan, pasti...

Ratu Elizabeth Lawat Mangsa...

RATU Elizabeth mengkiritik serangan keganasan di Manchester yang disifatkan sebagai melampau ketika melawat...

Azmin Ali Ambil Pendekatan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan...

Gempa Bumi Kuat Berhampiran...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter berlaku...

PH Tak Mungkir Janji 20% Royalti Petroleum

KUCHING – PKR Sarawak hari ini menegaskan Pakatan Harapan (PH) tidak memungkiri janji pilihan rayanya untuk menaikkan kadar royalti petroleum Sarawak dan Sabah kepada 20 peratus atau setara.

Naib Pengerusinya See Chee How berkata kerajaan persekutuan yang diterajui PH telahpun mengambil langkah pertama untuk menunaikan janji tersebut.

“Saya berterima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah ditugaskan (bagi tujuan itu) dan telahpun memulakan tindakan-tindakan perlu untuk merealisasikan janji berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan persekutuan untuk membayar royalti 20 peratus berdasarkan keuntungan bersih dan bukan pengeluaran kasar.

Mengulas lanjut, See berkata kritikan sedemikian adalah perkara biasa khususnya daripada pembangkang namun yang penting PH menunaikan janjinya demi kebaikan Sarawak.

Katanya apabila GPS yang dahulunya sebahagian BN negeri menuding jari kepada pemimpin PH, ada “empat lagi jari” menuding ke arah mereka kerana selama 43 tahun mereka tunduk kepada kerajaan persekutuan BN yang diterajui UMNO, tanpa sebarang percubaan untuk memperjuangkan agihan kekayaan petroleum yang lebih adil bagi Sarawak.


“Saya berkeyakinan penuh kerajaan PH akan menunaikan janji bayaran hasil lebih saksama kepada Sarawak demi memenuhi keperluan pembangunan negeri.

“Menerusi janji royalti 20 peratus atau setara, saya percaya akan ada perubahan mekanisme dan institusi bagi memastikan lebih banyak projek Petronas di Sarawak akan dilaksanakan oleh syarikat Sarawak, berbanding hanya dikuasai oleh syarikat tertentu yang mempunyai kaitan politik.

“PH akan tunaikan janji pilihan rayanya,” tegas See. – BERNAMA

Kategori