Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pandelela – Jun Hoong...

GOLD COAST – Gandingan penerjun wanita negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong...

Renjatan Pencabut Nyawa- 2...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga tempatan maut akibat renjatan elektrik apabila kenderaan...

Biar Betul… Seunit Rumah...

PASTI anda sukar untuk mempercayai apabila harga sebuah rumah hanya dijual serendah 90...

Hati-Hati! Sindiket Jual Muffin...

MASUK saja di medan selera atau restoran, tidak lama selepas itu mesti akan ada...

PH Perlis Putuskan Pengagihan Kerusi PRU14

KANGAR – Pakatan Harapan (PH) Perlis yang telah memutuskan pengagihan kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak bimbang menghadapi pertandingan tiga penjuru malah yakin boleh menawan negeri ini daripada Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya Ameir Hassan berkata kecuali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan akan dipertahankan oleh penyandangnya, Chan Ming Kai (PKR), nama calon-calon kerusi Parlimen dan 14 lagi DUN akan diumumkan di Kangar pada 30 Mac ini.

DAP yang hanya bertanding kerusi DUN Titi Tinggi telah pun mengumumkan pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan sebagai calonnya.

Katanya PH negeri mencapai kata sepakat pembahagian kerusi tersebut pada Disember lepas namun hanya mengistiharkannya selepas beberapa perkara teknikal diselesaikan.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di Parlimen Arau dan Padang Besar manakala PKR di Parlimen Kangar, kata Ameir kepada media di sini, hari ini.

Bagi kerusi DUN, PPBM mendapat lima kerusi iaitu Mata Air, Kayang, Pauh, Tambung Tulang dan Guar Sanji sementara PKR juga lima kerusi iaitu Chuping, Indera Kayangan, Kuala Perlis, Sena dan Simpang Empat.

Parti Amanah Negara (PAN) pula mendapat empat kerusi iaitu Beseri, Santan, Bintong dan Sanglang.


Menurut Ameir semua calon PH adalah anak Perlis dan kira-kira 30 peratus merupakan golongan profesional.

“Kami lebih suka dianggap underdog walaupun yakin banyak isu nasional boleh dijadikan modal berkempen yang memihak kepada PH,” katanya sambil menambah jentera pilihan raya PH juga telah diuji dan menjalani latihan secukupnya bagi menghadapi PRU kali ini.

Mengenai PAS yang mengumumkan akan bertanding di tiga Parlimen dan 15 DUN, Ameir berkata keputusan PAS itu tidak menjejaskan peluang PH yang menyasarkan menang ketiga-tiga Parlimen dan sekurang-kurangnya sembilan kerusi DUN. – BERNAMA

Kategori