Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Tahan 95...

JOHOR BAHARU - Polis menahan 95 lelaki termasuk penjaga premis dalam serbuan di...

Sabri Yunus Selamat Jalani...

KUALA LUMPUR - Pelakon, Sabri Yunus selamat menjalani pembedahan membuang batu karang semalam...

Malaysia Bersedia Kekal Penggiat...

COLOMBO – Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk terus kekal sebagai penggiat utama teknologi...

Ribut Salji Landa Jepun,...

TOKYO: Sekurang-kurangnya 48 penerbangan terpaksa dibatalkan selepas ribut salji melanda Jepun.Berdasarkan laporan media...

Petisyen White House Cabul Kedaulatan Malaysia!

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mengingatkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya tidak tunduk kepada petisyen yang diwujudkan di laman web White House bagi mendesak AS menjadikan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dasar utama hubungan dua halanya dengan kerajaan Malaysia.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebarang usaha untuk kes Anwar dijadikan ‘bilateral issue’ oleh kerajaan AS akan dianggap sebagai usaha campur tangan dalam isu dalaman negara dan mencabuli kedaulatan Malaysia.

“Walaupun petisyen tersebut tidak boleh dihalang kerana ia merupakan amalan demokrasi di AS, Pemuda UMNO menegaskan kami menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan dalaman negara ini.

“Kami tidak boleh terima sekiranya kes yang dibicara oleh mahkamah di Malaysia menjadi sebahagian daripada dasar dua hala Malaysia dan AS,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, rakyat Malaysia juga diminta tidak mengemukakan desakan ke atas mana-mana kerajaan negara luar untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia dalam kes liwat Anwar.


Beliau turut menegaskan, penyokong Anwar tidak pernah disekat untuk memberi sokongan kepada beliau di mahkamah dan di depan Penjara Sungai Buloh.

Katanya, parti politik yang menyokong Anwar juga bebas untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang menunjukkan ruang bersuara dan pentas demokrasi sentiasa terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu menjuarai isu Anwar.

“Tetapi jangan sesekali meminta campur tangan kerajaan asing dan mencabuli maruah, kebebasan dan kedaulatan negara kita,” katanya. – mynewshub.cc

Video: Keji! Kenapa Saya Marah Anwar Ibrahim – Khairy Jamaluddin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori