Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Lebih Baik Jadi Jaguh...

AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, adalah lebih baik...

RM600 Juta Untuk Kementerian...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan berjumlah RM600 juta kepada Kementerian Kesihatan...

KKM Mohon Maaf Kekeliruan...

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) memohon maaf kepada orang ramai berhubung kekeliruan...

Parlimen Bakal Punyai Pusat...

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat asuhan kanak-kanak akan diwujudkan di Parlimen bagi membantu...

Perlu Masa Timbang ‘Pakatan Pilihan Raya’ Dengan PPBM

ALOR SETAR – PAS perlukan masa untuk pertimbangkan cadangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata PAS perlu mengambil pendekatan ‘memilih’ kerana tidak mahu ‘sejarah lama’ berulang.

“Kita ada pengalaman yang cukup banyak dalam pakatan politik… era sekarang ini kita kena ‘pick and choose’,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya seperti yang diputuskan PAS pusat sebelum ini, PAS negeri dibenarkan untuk mengadakan program atau aktiviti bersama PPBM, asalkan bukan dengan Parti Amanah Negara ataupun DAP.


Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini berkata mahu menjalin ‘pakatan pilihan raya’ dengan PAS bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada PRU akan datang. – BERNAMA

Kategori