Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berita Pencen Dihentikan Adalah...

PUTRAJAYA - Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan...

Buruh Maut Digilis Lori...

Kuala Langat : Seorang buruh kasar ditemukan maut dengan kesan parah di kepala...

Sabah Rekod 351 Kes...

TAWAU - Sabah merekodkan 17,244 kes kemalangan jalan raya dengan 351 kematian pada...

Ingin Belajar Sesuatu? Anda...

Sejak berdekad lalu, masyarakat didedahkan dengan pelbagai hasil ciptaan teknologi, seperti mesin jahit,...

Perjanjian Kerjasama PH-PPBM Sukar Jadi Kenyataan

NIBONG TEBAL – UMNO Pulau Pinang menyifatkan perjanjian kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan pakatan harapan (PH) sebagai sukar menjadi kenyataan, kata Pengerusinya Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata perjanjian kerjasama antara parti itu jauh daripada realiti sebenar apabila mereka masing-masing mempunyai matlamat dan asas perjuangan parti yang berbeza.

“PPBM nak bekerjasama dengan PAS tetapi PAS tak mahu bekerjasama dengan DAP. DAP pula boleh kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN), tetapi PAN tak mahu kerjasama dengan PAS. PKR juga boleh bekerjasama dengan PPBM.

“Ini jelas menunjukkan persamaan berbeza. Kalau kita tengok ia terlalu sulit dan mengelirukan bagaimana parti ini boleh bekerjasama antara satu sama lain kerana asas mereka berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan elaun sara hidup nelayan kepada 633 anggota Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai, di sini hari ini.

Selasa lepas, PPBM mengumumkan masih belum menyertai pakatan pembangkang dan hanya menandatangani perjanjian kerjasama dengan pakatan harapan.

Antara kandungan perjanjian itu ialah kedua-dua parti bersetuju meletakkan satu calon bagi mewakili pakatan harapan-PPBM di semua peringkat dalam pilihan raya umum.


Zainal Abidin berkata pakatan harapan-PPBM akan menghadapi kesulitan meletak satu calon di semua peringkat dalam pilihan raya umum akan datang kerana mengambil contoh pilihan raya umum ke-13 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak apabila pakatan pembangkang masih bertanding dengan logo dan manifesto masing-masing.

“Pilihan Raya Negeri Sarawak DAP dan PKR bersetuju satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) di tujuh kawasan. Mereka lawan satu sama lain yang akhirnya semua kalah dan beri kemenangan besar kepada BN,” katanya.

Beliau berkata isu siapa yang akan menjadi perdana menteri jika pakatan harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 turut menjadi persoalan dan kelebihan ada pada DAP kerana parti itu memenangi lebih banyak kerusi.

“DAP akan kuasai kerajaan baharu. Kita takut apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini, pembelaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera akan terhakis jika mereka memerintah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori