Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Netizen Dukacita Sultan Abdul...

MERAFAK sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi...

1 Bilion Manusia Berisiko...

SATU kajian mendakwa satu bilion manusia berisiko terdedah kepada virus zika menjelang tahun...

Maut Motosikal Kuasa Tinggi...

Kluang - Penyelia kilang maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggang terbabas sebelum dirempuh...

Ubat Penyakit Tidak Berjangkit...

KUALA LUMPUR - Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas semua...

Perdana Menteri Pertahan Rekod Cemerlang Malaysia

PUTRAJAYA – Berikut ialah intipati kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Jumaat untuk menangkis kritikan terhadap Malaysia dan kerajaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkara perkata tersebut dibangkitkan oleh Najib ketika berucap pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman.

* Dari 2009 hingga 2014, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 47.7 peratus.

* 1.8 juta peluang pekerjaan diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010.

* Defisit Malaysia berkurangan selama 6 tahun berturut-turut dan jumlah pelaburan mencecah rekod baharu.

* Sejak 2009, pendapatan kumpula ‘Bawah 40 Peratus’ isi rumah telah meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan 12 peratus, lebih tinggi daripada purata kebangsaan iaitu lapan peratus.

* Melalui pelaksanaan undang-undang gaji minimum, kerajaan berjaya bebaskan 2.9 juta orang daripada garis kemiskinan mutlak.

* Kadar pengganguran telah menurun daripada 3.7 peratus pada 2009 kepada hanya di bawah tiga peratus.

* Dalam laporan bertajuk ‘Favorable Prospects for Malaysia’s Diversified Economy’, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengiktiraf kemajuan Malaysia dan melahirkan keyakinan bahawa pertumbuhan negara kemungkinan akan terus positif pada 2015 walaupun harga tenaga adalah rendah.

* Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia menyenaraikan Malaysia menghuni antara ranking tertinggi dalam kalangan negara mudah untuk menjalankan perniagaan dan daya saing dengan Bloomberg meletakkan Malaysia di kedudukan kelima dunia sebagai pasaran baharu muncul pada 2015.


* Pada Januari, Moody mengekalkan penarafan Malaysia pada A3 dengan unjuran yang positif.

* Pada Februari, Standard and Poor mengekalkan penarafan A Malaysia dengan unjuran yang stabil.

* Baru-baru ini, Fitch mengekalkan penarafan A untuk Malaysia – dan menaik taraf unjuran daripada negatif kepada stabil.

* Dalam bidang sosial, Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan telah menyaksikan peningkatan kebebasan yang meluas dalam sejarah negara.

* Ini termasuk, antara lain, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

* Memperkenalkan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman dan meminda undang-undang untuk membolehkan komuniti pelajar Malaysia yang aktif menyertai politik.

* Perdana Menteri menjelaskan bahawa ‘kebebasan hendaklah disusuli dengan tanggungjawab’.”

* Di pentas antarabangsa, Malaysia mencapai kejayaan seperti terbukti apabila mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN, dan dilantik sebagai anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

* Meningkatkan hubungan dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China. Ini hanyalah beberapa contoh kepimpinan negara yang semakin kukuh dan berkembang di arena global. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori