Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Pre-Mix’ Beri Sajian Ala...

MAKKAH - Pengenalan rempah-ratus 'pre-mix' atau pracampuran untuk sajian makanan jemaah haji yang...

Mangsa Ribut Di Yan...

YAN – Mangsa ribut membabitkan lebih 40 rumah di beberapa kampung di daerah...

Kaji Semula Dasar Bank...

ALOR SETAR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) meminta kerajaan mengkaji semula beberapa dasar...

Sultan Johor Sindir Lagi...

MUAR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan ahli politik dari luar...

Perdana Menteri Belanda Diberi Sambutan Rasmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Belanda Mark Rutte diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini hari ini bersempena lawatan rasmi pertama beliau di Malaysia.

Ketibaan beliau di bangunan Perdana Putra pada 10 pagi, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri Kabinet, diplomat asing dan pegawai kanan kerajaan.

Rutte kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, sebaik lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Rutte dan Najib kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata dan disusuli mesyuarat dua hala tertutup.

Kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan dan maklumat perkembangan terkini berkaitan pesawat Malaysia Airlines MH17.


Kedua-dua pemimpin juga dijadual mengadakan pertemuan dengan pegawai Malaysia yang terlibat dengan penyiasatan nahas MH17 selepas pertemuan mereka.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di zon yang sedang bergolak.

Terdapat 193 rakyat Belanda dan 44 rakyat Malaysia dalam pesawat berkenaan dan semua mangsa rakyat Malaysia telah dikenal pasti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori