Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Kakak Campak Adik...

VIDEO yang semakin mendapat perhatian netizen di laman sosial ini ternyata suatu perkara...

Remaja Gersang, Raba Wanita...

SEORANG remaja lelaki berusia dalam lingkungan 13 tahun sengaja menempah padah apabila cuba...

Video: Suami Jutawan Kosmetik...

MASIH ingat lagi dengan kes penderaan jutawan kosmetik yang mengambil keputusan untuk meninggalkan...

Media Indonesia Dakwa Baim...

MEDIA hiburan di Indonesia kini sedang hangat memainkan cerita mengenai aktor terkenal negara...

Penyokong Pakatan ‘Serang’ Dr. Zakir Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkemuka antarabangsa, Dr. Zakir Naik dikecam sebilangan netizen gara-gara menyarankan UMNO dan PAS menjalin kerjasama demi kepentingan umat Islam negara ini.

Netizen terbabit yang dipercayai penyokong Pakatan Harapan tergamak melemparkan pelbagai kata nista ke atas Dr. Zakir hanya kerana saranan itu boleh menjejaskan agenda politik blok pakatan berkenaan.

Seorang pengguna Facebook menggunakan akaun Sham Isa dalam komennya meminta supaya pendakwah terkenal itu tidak mencampuri urusan hal ehwal politik Malaysia.

“Kalau datang nak berdakwah berdakwah aje lah,” katanya berang.

Pengguna Facebook Ali Jamal pula berkata, Dr. Zakir seorang munafik dan merupakan ejen dari negara Arab untuk menjadikan Malaysia diperintah seperti negara Arab.

“Anjing campur politik. Kau Zakir ialah anjing pariah,” kata seorang lagi pengguna Facebook, Wa Haw Hoo.

Ash sahlan pula berkata: “Dr. Zakir Naik datang ke Malaysia hanya sebagai pendakwah Islam memberi penerangan dan penjelasan dalam agama Islam.”

Berikut komen-komen lain yang dimuat naik di media sosial oleh netizen bagi menyelar dan menghina Dr. Zakir kerana tidak berpuas hati dengan saranannya:

New Bite Lc: Hari tu buat perbandingan…hari ni politik…Zakir…Zakir…apa agenda pergi Malaysia..khkhkhkhkhk..nampak dohhh..ada motiff.”

Roy Chor Wai Seng: “Jangan campur dalam politik Malaysia. Hal awak ialah cakap Islam kepada muslim. Thats all.”

Ganesh Pm: “Siapa depa nak sibuk sal hal negara kite lebih lebih lagi sal umgok yang korup tu gan barua mereka.”

Zamanimaran Mani: “Pandai dah sekarang … Masuk politik Malaysia pula… Akan datang dia Nak jadi menteri pula.”


Setia Dihati: “Sejak bila pulak dia nie ceramah hal politik …kalau nak ceramah hal agama boleh..jangan kaitkan hal politik dalam ceramah agama. Suruh..Zakir balik negara dia…”

Sabri Ismail: “PAS tak boleh bersatu dengan UMNO kerana PAS pakai kopiah dan serban, baju gumbang, kain pelikat dan selipar manakala UMNO pakai songkok, baju melayu dan kasut..”

Semalam. Dr. Zakir secara terbuka menyatakan harapan beliau untuk melihat UMNO dan PAS dapat bekerjasama bagi membolehkan negara ini dan syiar Islam terus berkembang maju.

Menurut penceramah berasal dari Mumbai, India itu, secara keseluruhan umat Islam di negara ini termasuk kedua-dua pemimpin parti itu dilihat sebagai pengamal Islam yang baik.

Jelasnya, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik dalam kedua-dua parti, tetapi itu bukan penghalang.

“Kalau mereka boleh bersatu berlandaskan al-Quran dan hadis, ia akan menjadi sesuatu yang baik bagi muslim.

“Jika kedua-duanya bekerjasama ia akan membentuk komuniti Islam yang berkali ganda besar berbanding bukan Islam dan saya berdoa untuk itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri sesi wawancara bagi program Persepsi di TV Al-Hijrah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori